30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nadeera Turun Berat Badan 10 Kg Selepas Kawal Pengambilan Gula – ‘Saya Tak Buat Pembedahan Atau Ambil Ubat Kurus’

    Shopee Sale



    Nadeera

    Penyanyi, Nadeera menyangkal dakwaan dirinya melakukan pembedahan ataupun mengambil ubat serta suntikan untuk menurunkan berat badan dengan segera.

    ‘Cut sugar’

    Nadeera

    Nadeera atau nama lengkap Farah Nadeera Zaini menjelaskan, tubuh badannya dilihat semakin kurus susulan mengamalkan diet yang sihat dengan cara mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta minuman.

    Saya tahu orang ada kata saya makin mengecil, kita semua baru lepas berpuasa. Tapi tidak itu saja, sebenarnya sudah berapa bulan saya cuba mengurangkan berat badan dengan cara diet dan tidak mengambil gula untuk beberapa bulan.

    Saya rasa tidaklah berapa drastik sebab nak turunkan berat badan ini mengambil masa yang lama juga, sekitar enam hingga lapan bulan untuk saya menurunkan berat badan saya dari 52 kg sampailah ke berat badan saya sekarang iaitu sekitar 42 kg.

    Saya mengambil enam hingga lapan bulan juga untuk turun 10 kg hanya dengan tidak mengambil gula. Saya tak buat pembedahan atau ambil ubat kurus. Janganlah buat benda macam itu, baiklah kita menjaga kesihatan dan makan secara sihat.

    Nadeera berkata demikian ketika ditemui ketika majlis Rumah Terbuka Raya Hael Husaini & Nadeera x Huge Entertainment House yang berlangsung di Damansara, pada Rabu.

    MENARIK:  Faisal Halim Melecur Tahap Empat, Kini Ditempatkan Di ICU – ‘Dia Tak Dapat Rasa Lengan Kirinya’

    Lebih yakin, nyanyi mudah

    Nadeera

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Bukan Lagi Kita’ itu mengakui dia kini lebih yakin dengan diri sendiri selepas memiliki berat badan yang ideal.

    Malah, dari sudut nyanyian, dia merasakan pernafasannya bertambah baik.

    Bukan saja bertenaga tapi kita lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Macam saya, sering dikaitkan dengan kontroversi sebelum ini, tapi sekarang ini Alhamdulillah saya lebih berkeyakinan.

    Dari segi nyanyian pun lebih senang untuk saya mengambil nafas dan sebagainya. Saya mahu menjaga kesihatan sebab saya rendah, bila badan saya besar tak bagus untuk kesihatan.

    Sementara itu, Nadeera mendedahkan dia mula menyedari mengenai berat badannya ketika membuat rakaman untuk sebuah lagu dan mengalami kesukaran mengawal pernafasan dalam nyanyian.

    Satu hari saya ada rakaman untuk single saya, dan saya perasan pernafasan saya dalam nyanyian itu tidak sampai, orang kata macam mengah.

    Jadi, saya fikir tak boleh jadi, sebab itu saya mahu menurunkan berat badan. Kalau bab menyindir, saya tak ambil pusing pun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah