Bersempena dengan hari pertama sesi persekolahan di seluruh negara semalam, penyanyi terkenal Nabila Razali hadir bagi menyantuni warga sekolah melalui lawatan khas ke Sekolah Kebangsaan Taman Jasmine, Kajang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Dapat Hadiah Kereta Idaman Daripada Suami – ‘Dari IG Story Ke Realiti’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Turun Padang Santuni 33 Keluarga, Beri Bantuan Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Mesej positif

Kehadiran Nabila disambut dengan penuh kegembiraan oleh para pelajar, guru dan kakitangan sekolah, sekaligus menambah keceriaan pada hari pertama persekolahan.
Dalam lawatan tersebut, Nabila juga mendendangkan lagu #BalasBaik yang penuh dengan mesej positif tentang kebaikan, empati dan pentingnya menghargai satu sama lain.
Nabila berharap mesej dalam lagu tersebut mampu memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dengan menanamkan nilai murni, rasa hormat, serta semangat untuk menyebarkan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Hari pertama sekolah adalah permulaan baharu yang sangat penting, terutamanya buat adik-adik yang sedang membina jati diri dan masa depan mereka.
Saya berharap lagu #BalasBaik dapat menjadi peringatan bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil, mampu memberi kesan besar kepada orang lain.
Nabila manfaatkan platform seni

Menurut Nabila, sekolah merupakan ruang paling sesuai untuk menanam nilai toleransi, dan kasih sayang sejak dari usia kanak-kanak.
Kalau kita dibiasakan untuk membalas sesuatu dengan kebaikan, saya percaya persekitaran sekolah dan masyarakat akan menjadi lebih harmoni.
Itu juga mesej utama yang ingin saya sampaikan melalui lagu ini.
Inisiatif ini menunjukkan komitmen Nabila dalam memanfaatkan platform seninya bukan sahaja untuk hiburan, tetapi juga sebagai medium menyebarkan mesej positif kepada masyarakat, terutamanya golongan muda.
Lawatan itu diakhiri dengan sesi fotografi bersama pelajar dan guru, meninggalkan memori manis pada hari pertama persekolahan serta memberi dorongan kepada para pelajar untuk memulakan tahun akademik baharu dengan penuh keyakinan dan semangat kebaikan.
The post Nabila Razali Ceriakan Hari Pertama Sekolah, Kongsi Mesej Positif Melalui Lagu #BalasBaik first appeared on OHBULAN!.





