26.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiga Kali Berdepan Klaustrofobia, Julia Farhana Ambil Inisiatif Lawan Ketakutan – ‘Saya Buat Rawatan Exposure Therapy’

    Shopee Sale



    Pelakon Julia Farhana berkongsi momen ketika dirinya mengalami trauma klaustrofobia sehingga dia berfikiran nyawanya bakal berakhir dalam pergelutan melawan perasaan takut tersebut.

    Trauma klaustrofobia

    Ketika ditemui , Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 31, berkongsi detik cemas semasa berhadapan dengan fobia tersebut.

    Menurutnya, perkara ini berlaku ketika sesi penggambaran dimana memerlukan pelakon berusia 30 tahun itu memakai topeng oksigen dan turun ke dalam lubang tanah.

    Kali ini saya bawa watak sebagai anggota JPAM yang perlu masuk ke bawah tanah untuk selamatkan orang.

    Bila saya pakai mask oksigen pun saya dah mula rasa tak selesa, tapi saya cuba kawal perasaan sebab saya tak nak cakap ‘tidak’ kepada pengarah.

    Tapi, sebaik sahaja saya terjun ke dalam lubang, saya terus kena serangan panik.

    Saya cuba kawal pernafasan, tapi badan saya mula rasa lemah. Saya terus cakap kepada kru yang saya tak okay. Masa tu, semua orang kelam-kabut nak tarik saya keluar.

    Pakaian keselamatan yang saya pakai pulak tak boleh dibuka, dan saya tersekat hampir 10 minit sebelum mereka berjaya keluarkan saya.

    Julia berkata demikian ketika ditemui di majlis Fiziwoo Raya25 Collection Iftar Soirée di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur baru baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Kesopanan Amira Othman Terserlah, Ambil Berkat Dalam Majlis Khatam Al-Quran Sebelum Bergelar Isteri

    Dalam pada itu, Julia menyatakan bahawa pertama kali dia mengalamai trauma klaustrofobia ini ketika sesi penggambaran sebuah drama tahun 2020.

    Cabar diri

    Berkongsi lebih lanjut, Julia tetap meneruskan tanggungjawabnya sebagai pelakon walaupun menerima pengecualian daripada pengarah.

    Tambahnya, anggota JPAM yang berada di tempat kejadian ketika itu banyak mengajarnya untuk mengatasi ketakutan yang dialami.

    Saya rasa sedih sebab tak dapat buat babak itu dengan sempurna. Nasib baik ada seorang anggota JPAM yang mengajar saya cara mengatasi trauma.

    Dia cakap kalau nak lawan fobia, kita kena duduk dan rasai ketakutan itu. Kita kena faham apa sebenarnya yang buat kita takut sangat.

    Saya ikut nasihat itu, dan akhirnya saya berjaya habiskan babak itu walaupun masih dalam ketakutan.

    Sejak tahu saya ada klaustrofobia, saya terus usaha rawat diri sendiri. Saya belajar psikologi, jadi saya tahu trauma ini sebenarnya berpunca dari minda kita sendiri.

    Dalam pada itu, Julia memaklumkan bahawa dia sedang menjalani proses untuk mengatasi fobia tersebut agar dapat menjalani setiap babak lakonan dengan jayanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah