35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Menangis Bila Bekerja Pandai La, Kita Beri 100 Peratus Komitmen’ – Ruhainies

    Shopee Sale



    Pagi tadi, pelakon Ruhainies menjelaskan sebab dia tersenyum ketika hadir ke mahkamah bagi pertuduhan kes khalwat bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.

    Ketika ditemui , Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dia sangat teruja melihat rakan media berkumpul di perkarangan mahkamah.

    Tambah Ruhainies, dia tidak pandai berlakon untuk menangis secara sengaja di depan kamera.

    100 peratus komitmen

    Terbaru, Ruhainies dilihat berkongsi sedutan video pendek drama ‘Terjerat’ lakonannya. Menerusi video tersebut, kelihatan Ruhainies sedang mengalirkan air mata.

    Bagi mengelak sebarang kontroversi timbul, Ruhainies berkata, dia boleh menangis sewaktu bekerja.

    Menangis bila bekerja pandai la min, kita beri 100 peratus komitmen.

    Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dilakukan mereka.

    Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dilihat berada di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan difahamkan tujuan mereka hadir adalah berkemungkinan berikutan kes khalwat yang berlaku 9 Mac lalu.

    MENARIK:  Lantunan FF BLAST™ MAX, ASICS NOVABLAST™ 5 Jadi Igauan. Janji Kelajuan & Keselesaan Buat Pelari!

    Menurut sumber, Aliff dan Ruhainies juga telah dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

    Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah