32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin serah majlis tertinggi jika parti Hamzah mohon sertai PN

    Shopee Sale

    Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada majlis tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk menentukan sama ada parti baru yang diketuai Hamzah Zainudin boleh diterima menyertai gabungan itu.

    Namun, dia memberi isyarat bukan mudah PN mahu menerima parti baru dan memerlukan penelitian rapi selain mengambil masa yang lama.

    “Kalau dia nak mohon masuk PN itu hak dia. Tapi sama ada majlis tertinggi PN akan pertimbang dan luluskan itu soal lain.

    “Ada asas dan prinsip yang kita kena guna pakai, macam sebelum daripada ini ada parti yang sudah lama berdaftar, Pejuang, Berjasa, mereka dah mohon, Putra pun dah mohon.

    “Yang itu dah lama established, tapi belum ada keputusan lagi dibuat kerana majlis tertinggi belum pertimbangkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Selangor di Shah Alam, hari ini.

    Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi PN berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan Bersatu menerima penyertaan parti baru pimpinan Hamzah.

    Isu kemasukan parti baru ke dalam PN kembali menjadi perhatian susulan pemecatan Hamzah daripada Bersatu.

    Setakat ini, ahli parlimen Larut itu masih berteka-teki mengenai langkah politik seterusnya.

    Gambar fail, Muhyiddin dan Hamzah ketika AGM Bersatu.

    Bekas ketua pembangkang itu dilaporkan bakal mengumumkan penubuhan parti baru bulan depan, dengan dakwaan keahlian mencecah ratusan ribu orang.

    Hamzah berkata perincian lanjut belum dapat didedahkan kerana nama rasmi parti tersebut masih belum dimuktamadkan.

    "Rumah baharu ini bakal mempunyai kekuatan besar dengan keahlian mencecah ratusan ribu orang.

    MENARIK:  Bos Spanco hadir ke mahkamah dengan bertongkat

    "Buat masa ini perbincangan bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sedang giat dijalankan bagi memastikan segala prosedur dipatuhi sebelum sebarang pengumuman dibuat, sekali gus mengelakkan isu teknikal atau perundangan pada masa hadapan,” kata Hamzah.

    Gambar fail.

    Sementara itu, Muhyiddin berkata majlis tertinggi PN lazimnya menilai beberapa kriteria sebelum menerima mana-mana parti, termasuk tempoh pendaftaran sah, struktur organisasi serta kekuatan keahlian.

    “Biasanya kalau kita nak pertimbangkan majlis tertinggi akan ambil kira berapa lama dah berdaftar, ada majlis tertinggi, banyak cawangan ke tidak, ahli berapa ribu, ratus ribu ke, juta ke semua kita ambil kira.

    “Ada asas-asas yang diguna pakai oleh Majlis Tertinggi PN sebelum sesebuah parti itu diterima masuk,” kata bekas perdana menteri itu.

    Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan Bersatu kini telah pulih daripada krisis dalaman yang menyaksikan beberapa pemimpin kanan dipecat dan digantung.

    Dia turut menolak dakwaan bahawa Bersatu semakin lemah, sebaliknya menegaskan langkah pantas kepimpinan berjaya menstabilkan keadaan.

    “Tindakan pantas dan cepat diambil barisan kepimpinan untuk memperbaiki dan juga menyusun semula sesetengah tempat yang terkesan (dengan kemelut), Alhamdulillah ia telah pulih seperti sedia kala.

    “Ini terbukti apabila majlis-majlis besar yang kita adakan seperti iftar di bulan Ramadan, sambutan Aidilfitri di mana sambutan yang ditunjukkan bukan sahaja ahli Bersatu tetapi rakyat jelata hadir dalam jumlah yang luar biasa,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah