35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis serbu rumah wartawan Mkini susulan laporan sistem pekerja asing

    Shopee Sale

    Polis menyerbu rumah wartawan kanan Malaysiakini B Nantha Kumar berkaitan siasatan terhadap laporan mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing.

    Nantha berkata dua pegawai polis berpakaian biasa tiba pada jam 2.30 petang dan menggeledah kediaman di Seri Serdang selama kira-kira 45 hari minit.

    “Bagaimanapun, tiada barang dirampas semasa serbuan ini,” katanya.

    Terdahulu, Nantha dikemukakan dengan waran geledah yang menyatakan bahawa polis mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa premis itu digunakan bagi tujuan penyimpanan dokumen berkaitan.

    Menurut waran, dipercayai wujud salinan - secara fizikal dan material - bernama “Dokumen rasmi Jemaah Menteri (MJM) - Cadangan Pelaksanaan Sistem Digital The Universal Recruitment Advanced Platform (Tutap) dalam Proses Perekrutan Pekerja Asing di Malaysia”.

    Pada 1 April, ibu pejabat polis daerah Sepang berkata siasatan dijalankan bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana pendedahan maklumat tanpa kebenaran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan rangkaian sosial.

    MENARIK:  Gaduh rebut parkir, dua wanita ditahan

    Polis turut merakam kenyataan daripada Nantha sebagai saksi. 

    Difahamkan bahawa Kementerian Sumber Manusia membuat laporan terhadap laporan itu, walaupun telah berulang kali ditawarkan untuk memberi komen oleh Malaysiakini.

    Bangunan Kesuma di Putrajaya, gambar hiasan

    Minggu lalu, polis turut merakam kenyataan daripada pengasas dan pengarah Malaysiakini Premesh Chandran berhubung perkara itu.

    Mengulas mengenai serbuan itu, editor eksekutif Malaysiakini RK Anand menyifatkan apa yang berlaku sebagai gangguan terhadap wartawan yang menjalankan tugas profesionalnya untuk melaporkan berita demi berkepentingan awam.

    “Malangnya, taktik lama yang sama untuk membungkam dan menakut-nakutkan wartawan masih berterusan,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah