28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Komuniti Sandakan Mulakan Pemulihan Pasca Kebakaran, McDonald’s Agih 6,000 Hidangan

    Shopee Sale

    Usaha pemulihan sedang digerakkan di Sandakan susulan kebakaran besar yang melanda perkampungan atas air Kampung Bahagia pada Ahad lalu, yang memusnahkan kira-kira 1,000 buah rumah dan menyebabkan ratusan keluarga terkesan serta memerlukan bantuan segera.

    Mangsa yang terjejas kini ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sementara pihak berkuasa menjalankan penilaian lanjut terhadap tahap kerosakan dan keperluan pemulihan di kawasan terlibat.

    Bantuan makanan segera digerakkan di lokasi kejadian

    Kredit: McDonald’s

    Sejurus menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, McDonald’s Malaysia di Sandakan telah menggerakkan bantuan awal dengan menyediakan dan mengagihkan hampir 2,000 hidangan makanan dan minuman kepada mangsa kebakaran, anggota barisan hadapan serta sukarelawan di lokasi.

    Kredit: McDonald’s

    Langkah ini diteruskan dengan pengagihan tambahan 4,000 hidangan yang sedang dilaksanakan di lima PPS sehingga hujung minggu ini bagi memastikan keperluan asas mangsa terus dipenuhi dalam tempoh sukar ini.

    Secara keseluruhan, McDonald’s Malaysia menyasarkan untuk menyediakan lebih 6,000 hidangan kepada komuniti yang terjejas sebagai sebahagian usaha bantuan berterusan.

    “Semangat kebersamaan penting dalam situasi sukar”

    Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Dato’ Haji Azmir Jaafar, situasi seperti ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan tiada mangsa yang terpinggir.

    “Dalam situasi seperti ini, yang paling penting adalah semangat kebersamaan agar tiada sesiapa yang perlu menghadapi dugaan ini bersendirian. Respons yang kita lihat di Sandakan mencerminkan tanggungjawab bersama, dan kami berharap usaha ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terjejas,” katanya.

    Beliau turut menegaskan komitmen berterusan syarikat dalam membantu komuniti setempat, khususnya ketika berdepan bencana.

    “Di McDonald’s Malaysia, tujuan kami adalah untuk menyantuni dan menyokong komuniti setempat. Sama ada dalam waktu senang mahupun mencabar, kami komited untuk terus bersama masyarakat dan membantu dengan cara yang bermakna,” tambah beliau.

    Bantuan menyeluruh digerakkan di lapangan

    Kredit: McDonald’s

    Dalam masa yang sama, usaha bantuan di Sandakan turut digerakkan secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, sukarelawan dan komuniti setempat.

    MENARIK:  Hampir Pengsan Di Set Filem Memori, Hilal Azman Nekad Teruskan Penggambaran – ‘Cuaca Panas, Saya Keletihan’

    Antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta RELA, yang masing-masing memainkan peranan dalam penyelarasan bantuan di lapangan.

    Fokus utama ketika ini termasuk penyediaan makanan, tempat perlindungan serta keperluan asas bagi memastikan kebajikan mangsa terus terjaga sepanjang tempoh pemulihan awal.

    Komitmen berterusan menerusi Program Komuniti @ McDonald’s

    Kredit: McDonald’s

    Usaha ini juga selari dengan inisiatif tanggungjawab sosial McDonald’s Malaysia menerusi Program Komuniti @ McDonald’s, yang melaksanakan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun di seluruh negara.

    Antara inisiatif yang dijalankan termasuk sumbangan makanan ketika bencana, agihan moreh pada bulan Ramadan, pembayaran zakat serta Program Santun Pelajar yang menyasarkan sehingga 1 juta hidangan kepada pelajar memerlukan menjelang akhir tahun ini.

    Secara keseluruhan, usaha di Sandakan ini mencerminkan kolaborasi antara sektor korporat, pihak berkuasa dan komuniti dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera kepada mereka yang terkesan akibat bencana.

    The post Komuniti Sandakan Mulakan Pemulihan Pasca Kebakaran, McDonald’s Agih 6,000 Hidangan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah