26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tok Min orang baik, apa pun berlaku takkan ganggu fikirannya – Rafizi

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sebagai seorang pemimpin yang kekal dalam gaya hidup sederhana meskipun telah lama memegang jawatan tinggi.

    Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata dia tidak mengetahui secara terperinci mengenai isu yang berlaku di Negeri Sembilan, namun memilih untuk mengambil pendekatan mendoakan dari jauh perkembangan politik di negeri itu.

    Menyifatkan Aminuddin seperti abangnya, Rafizi berkata dia ada menghubungi menteri besar itu pagi tadi untuk bertanyakan khabar.

    “MB Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Haji Aminuddin Harun adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya.

    “Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya.

    “Saya sempat telefon dia pukul 10 lebih pagi tadi. Nak tanya khabar.

    “Dia gelak dan gembira, katanya baru lawat dua sekolah. Ada empat sekolah lagi dia nak lawat hari ni, tapi berhenti gerai kejap (untuk) minum pagi bersama isteri,” katanya dalam coretan tersebut.

    Terdahulu, BN Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan mengejutkan apabila menarik balik sokongan terhadap Aminuddin sebagai Menteri Besar.

    Pengerusi BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara oleh semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerana didakwa hilang keyakinan terhadap kepimpinan Aminuddin.

    MENARIK:  Kecoh ketika majlis Kit Siang, pembantu Guan Eng gelar Sim pengkhianat

    Antara isu yang dibangkitkan termasuk pertikaian melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Besar, selepas tindakan pemecatan oleh Undang yang empat di negeri itu.

    Jalaluddin turut memaklumkan bahawa surat rasmi akan dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

    Mengulas perkembangan itu, Rafizi berkata dia telah lama mengenali Aminuddin dan yakin pemimpin tersebut tidak akan terkesan dengan sebarang perkembangan politik yang berlaku.

    “Saya tidak bimbang sebab Tok Min ni orang baik. Jauh lebih baik dari saya.

    “Saya kenal dia masa dia duduk rumah teres setingkat, pakai (kereta) Exora. Selepas jadi MB bertahun-tahun, peranangainya tetap sama macam masih duduk rumah teres setingkat.

    “Apa pun terjadi, Insya-Allah tidak mengganggu fikiran Tok Min dan Kak Wan. Semuanya ada hikmah. Itu kelebihan orang yang tahu pangkat dan jawatan itu hanyalah amanah yang menjadi pinjaman,” kata Rafizi.

    Untuk rekod, BN mempunyai 14 kerusi DUN berbanding 17 milik PH, manakala PN memiliki lima kerusi.

    Kerajaan negeri berpotensi tumbang sekiranya BN membentuk kerjasama dengan PN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah