35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PDRM siasat pemilik akaun Facebook hina Sultan Selangor

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik atau pentadbir akaun Facebook "Huayan The Pureland Learning Centre" berhubung hantaran gambar penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar, berkata selain itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut merampas perananti yang digunakan untuk membuat hantaran berkenaan pada 25 April lalu.

    “Setakat ini, 21 laporan polis diterima dan sebanyak 21 saksi termasuk individu yang tampil membuat laporan polis telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu proses siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Lelaki kurang siuman suspek conteng kalimah Allah di tokong

    Kumar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    Menurutnya tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk tujuan menyalahi undang-undang, khususnya yang menyentuh isu sensitif 3R (raja, agama, kaum).

    “Kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mempunyai had, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhemat dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di ruang awam mahupun media sosial,” katanya.

    Semalam, beberapa exco Selangor meminta PDRM dan MCMC mengambil tindakan tegas terhadap hantaran yang menghina Sultan Selangor.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah