34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Luang Masa Sebaiknya Dengan Anak-Anak, Mereka Hari Ini Tak Akan Sama Dengan Hari Esok’ – Tya Ariffin

    Shopee Sale

    Usahawan Tya Arifin meluahkan rasa sayu apabila melihat kedua-duna anaknya Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra kini sudah melangkah ke alam persekolahan.

    Artikel Berkaitan: Tya Ariffin Kesal Beg Stok Susu Badan Lewat Tiba Dari London

    Artikel Berkaitan: Tya Arifin Ditegur Pakai Tudung Nampak Rambut, Netizen Luah Rasa Kecewa – ‘Semoga Istiqamah’

    Imbau kenangan sewaktu kecil

    View this post on Instagram

    A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

    Menerusi hantaran di Instagram, Tya berkongsi foto Arif dan Azzahra atau lebih mesra dengan panggilan Ara berpakaian seragam sekolah. 

    Tya meluahkan rasa sayu memikirkan betapa cepat anak-anaknya membesar selain sempat mengimbau kembali kenangan semasa mereka masih kecil.

    Hari pertama persekolahan.

    Ara darjah 1 dan Arif darjah 3. Perasaan sayu kerana cepat masa berlalu kan, baru je kelmarin pipipao dan bocil main sama-sama.

    Rasa baru je mereka gaduh rebut mainan. Rasa baru je Arif puk puk bagi Ara tidur, sekarang dah pergi sekolah sama.

    Sementara itu, Tya turut menitipkan pesanan buat ibu bapa di luar sana agar sentiasa menghargai setiap saat bersama anak-anak. 

    Percayalah, selagi ada waktu dengan mereka, luangkan waktu sebaik dan sebanyaknya, karna mereka hari ini tak kan sama di hari esok.

    Tya juga mendoakan agar kedua-dua anaknya itu membesar menjadi insan yang soleh dan soleha, bijak serta berbakti kepada keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Jaga Diri Baik-Baik, Sedih Tengok Kurus Sangat Anak Mama’ – Abby Abadi

    Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015. 

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 8, Azzahra Jiwa, 6, dan Aghnia Amira Jiwa yang kini berusia satu tahun.

    Sumber: Tya Ariffin

    The post ‘Luang Masa Sebaiknya Dengan Anak-Anak, Mereka Hari Ini Tak Akan Sama Dengan Hari Esok’ – Tya Ariffin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah