26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kakak Tetap Pertahankan Umisya, Dedah Adik Kini Berbadan Dua – ‘Saya Perlu Clearkan Mana Yang Mengata Dia Gembira Dengan Musibah Ini’

    Shopee Sale



    Kakak kepada pempengaruh Umisya Mazlan iaitu Sella Mazlan tampil memaklumkan adiknya kini sedang berbadan dua.

    Justeru itu, dia perlu mempertahankan Umisya daripada tanggapan negatif terutama oleh warganet.

    Tanggungjawab keluarga

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), seorang individu menyifatkan Sella sebagai penyibuk kerana mendedahkan bahawa Umisya turut bersedih dan menziarahi Marissa serta membantu menguruskan jenazah anak madunya itu.

    Menurut Sella, dia perlu membersihkan dakwaan yang terpalit dengan nama Umisya berikutan adiknya itu juga sedang hamil.

    Sebagai kakak kepada Umisya, saya harus luahkan apa yang adik saya rasa dan tanggung dari awal sehingga kini.

    Sekarang adik saya pun tengah berbadan dua.

    Untuk clear kan keadaan dan jaga emosi adik saya, jadi saya perlu clear kan mana yang mengata adik saya gembira dengan musibah yang menimpa ini.

    Dalam masa yang sama, sebagai seorang kakak, Sella bertanggungjawab untuk melindungi Umisya daripada perkara yang tidak baik.

    Maaf ya, mak bapa kami tiada media sosial. Jadi sebagai kakak, kami akan bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang melibatkan adik kami Umisya.

    Saya doakan semoga yang beranggapan negatif tentang penjelasan saya di IG Story semalam, moga kalian dijauhi dari musibah yang melanda seperti keluarga kami.

    Terdahulu, media melaporkan bayi sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan pramatang. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

    MENARIK:  Tidak Tahu Bila Saya Akan Melupakan Beliau, Tetapi Saya Telah Memaafkannya - Bella Astillah

    Aslam kemudian mengesahkan berita kematian anak sulung mereka dan meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung berita tersebut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah