Bekas pemimpin Umno Mohd Puad Zarkashi menafikan tindakannya keluar Umno semata-mata kerana anaknya tidak dipilih menjadi calon dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Sebaliknya, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, dia memprotes sistem pengundian calon yang dilakukan parti itu.
"Mengenai anak saya, salahkah kalau saya mencadangkannya? Kenapa itu jadi isu? Kalau tidak boleh, kenapa anak perempuan ketua bahagian Ledang boleh bertanding di Serom.
"Tidak salah mencadangkan anak yang terlatih sebagai calon.
“Ali melatih anak perempuannya menjadi peninju. Sudah tentu anak itu dibawa masuk gelanggang setelah dia cukup bersedia untuk bertempur," katanya dalam hantaran terbaru di Facebook, hari ini.





