28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Johor: Amir Syafiq calon tunggal PSM, tanding di Skudai

    Shopee Sale

    Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempertaruhkan calon tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan menamakan Amir Syafiq Ameer Soekre untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

    Timbalan Pengerusi PSM S Arutcelvan berkata keputusan parti mengetengahkan calon tunggal pada PRN Johor bagi memberikan tumpuan di kawasan berpotensi memberi impak kepada perjuangan parti di samping mengambil kira kos pilihan raya yang tinggi.

    “Pilihan raya ini mahal dan kebiasaannya hanya parti besar mempunyai sumber mencukupi.

    “Jadi PSM memilih untuk bertanding di kawasan strategik yang boleh memberi impak terbaik kepada parti,” katanya pada sidang media calon PSM sempena PRN Johor di Johor Bahru hari ini.

    Beliau berkata DUN Skudai dipilih kerana ia kawasan bandar yang berdepan pelbagai isu melibatkan golongan pekerja dan perumahan, selain selari dengan agenda PSM membawa suara masyarakat.

    MENARIK:  PRN Sabah: DAP, Upko pertimbang tanding guna logo sendiri

    Amir Syafiq, 40, yang merupakan Setiausaha PSM Johor dan aktivis hak pekerja mempunyai pengalaman 15 tahun dalam bidang jualan dan pemasaran serta berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dari Teesside University, United Kingdom.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah