Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman Bukit Segar, Cheras, pada Rabu.
Meninggal dunia akibat terjatuh

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa difahamkan dibawa ke hospital oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.01 malam selepas pihak hospital mengesahkan kematian mangsa.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa sedang mandi di bilik air rumahnya sebelum dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan.
Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjalani proses bedah siasat.
Punca kematian mangsa masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236.
Sumber: Sinar Harian
The post Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Dipercayai Jatuh Ketika Mandi Di Bilik Air first appeared on OHBULAN!.





