28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Datuk Red Sahkan Bakal Nikah Julai Depan Dengan Ibu Tunggal – ‘Bukan Majlis Besar-Besaran’

    Shopee Sale

    Spekulasi bahawa usahawan Datuk Adnan Abu atau Datuk Red bakal menamatkan zaman duda pada Julai depan akhirnya terjawab apabila perkara itu disahkan sendiri olehnya.

    Artikel Berkaitan: Mahu Tamatkan Kemelut, Datuk Red Tarik Balik Kes Pengesahan Rujuk Terhadap Adira

    Artikel Berkaitan: Mahkamah Tolak Permohonan, Kes Pengesahan Rujuk Datuk Red Terhadap Adira Tangguh

    Bakal nikah dengan ibu tunggal

    Ketika ditemui , Datuk Red, 46, mengesahkan dirinya akan berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang bernama Rohanita.

    Datuk Red turut mengakui dia kini berada di fasa bahagia dan ingin membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

    Alhamdulillah akan berlangsung pada bulan Julai depan di Kuala Lumpur.

    Insya-Allah di fasa bahagia, bukan majlis besar-besaran.

    Saya kalau boleh tak mahu kongsi banyak sebab nanti orang cakap macam-macam seperti tuduh saya tidak ‘move on’.

    Mengulas lebih lanjut, Datuk Red berkata majlis itu diadakan di ibu kota dan dibuat secara sederhana yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

    Hanya diadakan secara kecil-kecilan makan bersama keluarga seperti majlis kesyukuran saja.

    Difahamkan, Rohanita yang juga ibu tunggal turut hadir menemani Datuk Red menjalani prosiding tuntutan pengesahan lafaz rujuk di Mahkamah Gombak Barat pada petang Khamis.

    MENARIK:  Video: Sasha Abdul Aziz Mengajar Suami Yang Mualaf Membaca Huruf Jawi Meraih Pujian – ‘Masya Allah, Ladang Pahala’

    Untuk rekod, Datuk Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu pada 13 Mei 2024.

    Tidak lama kemudian, Datuk Red bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.

    Terdahulu, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

    The post Datuk Red Sahkan Bakal Nikah Julai Depan Dengan Ibu Tunggal – ‘Bukan Majlis Besar-Besaran’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah