Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi mengumumkan keluar daripada Umno berkuat kuasa serta merta hari ini, dengan mendakwa parti itu tidak lagi bebas membuat keputusan kerana ‘dikawal’ istana.
"Tanpa berat hati, saya umum keluar Umno serta merta mulai hari ini 25 Jun 2026.
"Oleh itu Umno tidak perlu bersusah payah memecat saya. Ia juga memudahkan saya berbeza pandangan tanpa dituduh menikam parti dari belakang.
“Kini saya bebas mengkritik Umno satu wadah yang saya sayangi dan hormati untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di Facebook.
Puad turut menafikan dia membuat keputusan itu kerana kepentingan diri.
"Ada yang akan menuduh saya keluar Umno kerana kepentingan diri. Buat apa saya keluar ketika Umno dilihat kuat sehingga mahu berlawan solo di 56 kerusi.
“Saya tinggalkan Umno disaat KJ (Khairy Jamaluddin), Hishamuddin (Hussein), Noh Omar kembali masuk Umno bila melihat parti tambah kuat. Maka siapa yang ada kepentingan. Mereka atau saya?" soalnya.
“Alasan utama saya keluar Umno ialah, Umno Johor tidak lagi bebas membuat keputusan. Umno Johor dikawal oleh Istana dalam membuat keputusan,” katanya.
[Berita penuh menyusul]





