Walaupun hubungan rumah tangga sudah berakhir, bekas pasangan pempengaruh, Ahmad Aslam dan Marissa Dania dilihat masih saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam, Marissa Sah Bercerai
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania
Masih berkawan?

Menerusi tinjauan , Aslam atau nama lengkap Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, masih tersenarai sebagai pengikut Marissa, manakala Marissa juga masih mengikuti akaun bekas suaminya itu.
Perkara tersebut menarik perhatian kerana kebanyakan pasangan selebriti atau pempengaruh lazimnya memilih untuk berhenti mengikuti atau memadamkan nama bekas pasangan daripada senarai pengikut selepas berpisah.
Bagaimanapun, tindakan Aslam dan Marissa itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kedua-duanya masih mampu mengekalkan hubungan yang matang dan profesional meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.
Pada Selasa lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aslam terhadap Marissa sebelum ini adalah sah, sekali gus menamatkan ikatan perkahwinan mereka secara rasmi.
Untuk rekod, Aslam dan Marissa mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2023 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Songkhla, Thailand.
Sumber: Instagram
The post Dah Bercerai, Tapi Marissa & Aslam Masih Saling Mengikuti Di Instagram first appeared on OHBULAN!.





