29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Cepat Menghukum! Ini Sebab Anak Autistik Mudah ‘Tantrum’ Bila Balik Kampung

    Shopee Sale

    Kehadiran Aidilfitri sering dikaitkan dengan kemeriahan kunjung-mengunjung, hidangan istimewa dan baju sedondon yang melambangkan keakraban keluarga. 

    Namun di sebalik suasana meriah itu, terselit cabaran khususnya buat ibu bapa yang membesarkan anak autistik.

    Cabaran

    Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Rozanizam Zakaria, berkongsi bagaimana perubahan rutin yang drastik semasa musim perayaan boleh menjadi punca kegelisahan bagi golongan ini. 

    Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan gangguan perkembangan neuro yang mempengaruhi cara seseorang berkomunikasi dan berinteraksi.

    Maka, apabila rutin harian mereka terganggu dengan perjalanan pulang ke kampung atau kehadiran tetamu yang ramai, dunia mereka seolah-olah menjadi kucar-kacir.

    Menurut beliau, ketidakselesaan anak-anak istimewa ini sering berpunca daripada perubahan persekitaran yang tidak dijangka. 

    Pemakaian baju Melayu yang mungkin terasa asing pada kulit, keperluan untuk duduk diam semasa sesi bergambar, serta bunyi bising daripada saudara-mara yang berkumpul adalah antara punca yang mampu merubah tingkah laku mereka. 

    Bagi anak yang mempunyai kemampuan lisan, mereka mungkin boleh meluahkan rimas yang dirasai. Namun, bagi yang tidak mampu berkomunikasi, ketidakselesaan itu selalunya ditunjukkan melalui perubahan sikap yang luar biasa atau tindakan untuk menyendiri di dalam ‘dunia’ mereka sendiri.

    MENARIK:  Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif’ Di Pelamin Fattah Amin, Amira Othman – ‘Mungkin Ada Simbolik Tertentu’

    Situasi menjadi lebih hiba apabila melihat kanak-kanak lain riuh bermain bersama, manakala anak autistik lebih selesa menjauhkan diri kerana keterbatasan sosial mereka. 

    Justeru, Dr. Rozanizam menekankan betapa pentingnya untuk ibu bapa sentiasa peka dan bersedia dengan langkah awal bagi mengawal emosi anak-anak ini agar sambutan raya tetap harmoni.

    Kesimpulannya, kemeriahan raya seharusnya bersifat inklusif. Masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan dengan menunjukkan empati dan kefahaman yang tinggi terhadap keluarga yang mempunyai anak istimewa ini. 

    Dengan sokongan dan persekitaran yang memahami, anak-anak autistik ini juga berhak untuk merasai keindahan Aidilfitri mengikut acuan keselesaan mereka sendiri.

    Sumber: Majoriti

    The post Jangan Cepat Menghukum! Ini Sebab Anak Autistik Mudah ‘Tantrum’ Bila Balik Kampung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah