Seorang usahawan dan penulis khat, memuji pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman kerana menggunakan seni tulisan Islamik sebagai perhiasan di pelamin mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Minta Izin Dulu, Risau Nampak Tak Manis’ – Fattah Amin Dedah Restu Ibu Bapa Jadi Kunci Hubungan Dengan Amira Othman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’
Diukir 11 kali

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, usahawan mural khat yang dikenali sebagai Rahman Sahlan mengagumi dengan rekaan tulisan huruf ‘fa’ dan ‘alif’ yang mewakili nama Fattah serta Amira.
Apa yang menarik perhatian saya ialah tulisan khat yang begitu megah menjadi latar belakang pentas pelamin. Huruf fa dan alif.
Tulisan khatnya boleh dikatakan ialah Khat Thuluth ataupun Sulus. Sifat alif bertopi tajam dan fa berlenggok menarik. Walaupun ianya tidaklah setepat kaedah sebenar namun saya puji sangat usaha menaikkan seni khat dan jawi seperti ini.
Selain itu, Rahman juga tertarik dengan gabungan huruf itu yang diulang 11 kali dan diletakkan pada bahagian atas pelamin.
Gabungan huruf fa dan alif sebanyak 11 kali diulang yang diukir dalam satu baris mungkin ada simbolik tertentu yang hanya mereka saja tahu.
Sangat menarik bila diletak atas gerbang pelamin.
Contoh yang baik
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, Rahman berharap usaha itu menjadi ikutan ramai sekaligus dapat meningkatkan martabat seni khat Islam.
Semoga usaha murni ini dapat dicontohi oleh orang lain memandangkan ini mungkin adalah Wedding Of The Year.
Bayangkan di setiap majlis walimatul urus oleh orang kenamaan dan orang biasa dihiasi dengan seni khat dan tulisan jawi, bukankah itu satu pencapaian yang membanggakan kami, para penulis khat dan penulis jawi.
Untuk info, pelamin pasangan selebriti itu mendapat sentuhan pereka perkahwinan terkenal iaitu Reka Teemor.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.
Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.
Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.
Sumber: TikTok Rahman Sahlan
The post Penulis Khat Tertarik Dengan 11 Huruf ‘Fa’ & ‘Alif’ Di Pelamin Fattah Amin, Amira Othman – ‘Mungkin Ada Simbolik Tertentu’ first appeared on OHBULAN!.





