33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua – ‘Lunara Bakal Jadi Kakak’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua.

    Artikel Berkaitan: ‘Jus Tembikai Berkesan Dengan Baik Untuk Lunara, Kami Ada Jururawat Pediatrik Peribadi Tinggal Bersama’ – Intan Najuwa

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tak Pulang Beraya Di Johor Bahru, Enggan Imane Lunara Stres Hadap Kesesakan Trafik

    ‘Lunara bakal menjadi kakak’

    Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya pada Khamis.

    Menerusi perkongsian tersebut, Intan memuat naik foto memegang imej ultrabunyi sambil mendukung anak sulungnya, Imane Lunara.

    Intan meluahkan rasa syukur dan teruja dengan kehadiran ahli baharu yang bakal melengkapkan lagi keluarga kecil mereka.

    Lunara bakal menjadi kakak… Keluarga kecil kami semakin membesar dan kami bakal menjadi keluarga berempat.

    Bagaimanapun, Intan tidak berkongsi kepada umum usia kehamilannya itu.

    MENARIK:  Imran Bard Akui Khilaf, Mohon Maaf Pada Ellie Suriaty – ‘Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya Atas Apa Yang Berlaku’

    Perkongsian itu menyorot perhatian rakan artis dan peminat yang rata-rata tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut. 

    Ruangan komen turut dihujani dengan doa agar Intan dan bayi di dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga hari kelahiran kelak.

    Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf yang juga ahli perniagaan pada 18 Ogos 2023.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak pertama pada 15 Disember 2024.

    Sumber: Instagram Intan Najuwa

    The post Intan Najuwa Umum Hamil Anak Kedua – ‘Lunara Bakal Jadi Kakak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah