29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Kongsi Suami Borong Banyak Nasi Lemak Daripada Peniaga Kecil – ‘Dia Tetap Cuba Untuk Bantu’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Intan Najuwa, berkongsi keperibadian suami, Datuk Ahmad Azraf Azman yang tidak lokek membantu peniaga-peniaga kecil.

    Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Jadi Indah Bila Kahwini Kawan Baik Sendiri, Terima Kasih Untuk Tiga Tahun Ini’ – Intan Najuwa

    Sikap suami

    Menerusi hantaran di Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, memuat naik tangkap layar perbualan bersama suami di aplikasi WhatsApp.

    Dari perbualan tersebut, Azraf memaklumkan bahawa dia telah membeli nasi lemak daripada seorang peniaga.

    Tambah Azraf, dia telah membeli dengan jumlah yang banyak kerana berasa kasihan dengan peniaga tersebut dan anak-anaknya yang gigih mencari pendapatan demi kelangsungan hidup.

    Tersentuh dengan kebaikkan suami, Intan berkata, Azraf sering menyokong perniagaan kecil-kecilan seperti itu semampunya.

    Suami saya tak pernah balik dengan tangan kosong.

    Dia selalu beli sesuatu dari peniaga-peniaga kecil dekat luar sana.

    Walaupun bukan dalam jumlah yang besar, tetapi dia tetap mencuba untuk membantu dengan cara yang dia mampu.

    Begitulah sifatnya, sentiasa cuba membuat hari seseorang menjadi sedikit lebih baik.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat pemurah yang dimiliki Azraf.

    MENARIK:  Peguam Syarie Kongsi Cara Nak Heret Keluarga & Mentua Ke Mahkamah, Sekiranya Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga

    Dalam masa sama, mereka juga kagum dengan ahli perniagaan tersebut yang sudi berkongsi rezeki dengan orang lain.

    Sumber: Threads 

    The post Intan Najuwa Kongsi Suami Borong Banyak Nasi Lemak Daripada Peniaga Kecil – ‘Dia Tetap Cuba Untuk Bantu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah