31.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sharifah Husna Masih Guna Suara Latar Halim Radzi Dalam Video, Netizen Puji Hubungan Kekal Baik

    Shopee Sale

    Meskipun masing-masing sudah memilih jalan perpisahan, namun pelakon Sharifah Husna dan bekas suami dilihat masih mengekalkan perhubungan yang baik.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya & Bekas Suami Pernah Bekerjasama Selepas Cerai, Kami Kekalkan Sikap Profesional’ – Sharifah Husna

    MENARIK:  Latihan Pestapora Malaysia 2026 Umum Barisan Artis Fasa 2

    Artikel Berkaitan: Sharifah Husna & Halim Radzi Sah Bercerai Talak Satu Selepas 4 Tahun

    Kekal hubungan baik

    " data-video-id="7678241101932711186" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sharifahhusnaofficial

    My workout routine💗

    ♬ original sound – Sharifah Husna – Sharifah Husna

    Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Sharifah Husna Syed Faisal, 33, memuat naik video memaparkan aktiviti sehariannya bermula dari bangun tidur, bersolek dan bersenam.

    Namun, audio pada video tersebut telah menyorot perhatian ramai kerana dipercayai menggunakan suara bekas suaminya yang juga aktor, Halim Radzi.

    Husna sebelum ini juga pernah memuat naik beberapa buah video yang turut menampilkan suara Halim sebagai audio latar.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet senang melihat hubungan baik yang dibina oleh kedua-dua pelakon ini walaupun mereka tidak lagi sehaluan.

    Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet yang berharap agar Husna dan Halim kembali menjadi pasangan.

    Terdahulu, difahamkan mereka sudah tiada persefahaman dan Halim melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

    Husna turut dimaklumkan telah selesai menjalani tempoh iddah dan bersetuju untuk mengekalkan hubungan baik antara mereka.

    Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan bergolak selepas Husna dilihat seakan-akan memberi bayangan di media sosial miliknya.

    Untuk rekod, Husna dan Halim mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Sharifah Husna Masih Guna Suara Latar Halim Radzi Dalam Video, Netizen Puji Hubungan Kekal Baik first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah