Pelakon dan usahawan Dazrin Kamarudin mengambil langkah berani dengan mewarnakan rambutnya merah sebagai tanda kemunculannya kembali dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: “Saya Pernah Korek Tabung Isi Minyak” – Fasa Gelap Ubah Cara Dazrin Kamarudin Lihat Kehidupan, Bersyukur Makin Murah Rezeki
Artikel Berkaitan: Dazrin Kamarudin: ‘Jangan Ingat Kita Selebriti, Semua Benda Boleh Dilanggar’
Comeback

Ketika ditemui , Dazrin, 38, berkata sudah tiba masanya untuk dia kembali mengorak langkah dan menyinar dalam dunia seni.
Mewarnakan rambut warna merah ini ibarat nak buat ‘statement’ sebab selama ini saya sering mengasingkan diri dalam dunia perniagaan.
Tapi sekarang, saya merasakan ini adalah waktu yang sesuai untuk saya aktif semula, nak fokus pada diri dan sudah tiba masanya untuk menyinar semula. Disebabkan itu saya warnakan rambut saya.
Itu adalah satu tindakan berani yang tidak pernah saya lakukan selama ini.
Mengulas lanjut, Dazrin berkata keputusan itu juga dipengaruhi oleh desakan peminat yang meluahkan rasa rindu terhadap lakonannya.
Satu lagi sebab para peminat-peminat juga. Bila buat live, soalan yang sama orang tanya, ‘Dazrin tak berlakon lagi ke? Cepatlah berlakon balik, kami nak tengok lagi lakonan awak.
Saya keluar dari zon selesa dan buat keputusan warnakan rambut merah, menunjukkan sebagai berani.
Selama ni kalau tengok saya banyak menonjolkan diri dalam perniagaan, saya tidak pernah tekankan kepada ‘Dazrin Kamaruddin’ itu sendiri.
Berlakon lebih kepada minat saya.
Sementara itu, Dazrin berkata walaupun masih belum menerima sebarang tawaran, dia tetap optimis dan percaya rezeki akan tiba pada masanya.
Sekarang ni fokus saya pada perniagaan dan kalau dapat watak hero tu agak sukar nak bahagikan masa.
Tidak kisah sama ada watak yang diberi adalah sokongan atau kameo (penampilan khas), kalau menjadi saya pasti akan meninggalkan kesan.
Tidak semestinya saya jadi watak hero, sekarang pun kena jadi hero. Zaman saya pun dah berlalu, tapi kalau ada alhamdulillah. Kalau tiada, saya terbuka sahaja.
The post Dazrin Kamarudin Tukar Gaya Rambut Merah, Beri Petunjuk Bakal Kembali Berlakon first appeared on OHBULAN!.





