30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ceddy Ang Nasihat Netizen Kawal Emosi Di Media Sosial – ‘Jangan Terus Masuk Campur, Kita Tak Tahu Kesannya’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan penyanyi, Ceddy Ang menjadikan isu kematian anjing bernama Rocky sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam bersuara di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Dulu Saya Exposed Syarikat Mahu Bayar Dengan Pizza, Mereka Ugut Untuk Saman’ – Ceddy Ang

    Artikel Berkaitan: ‘Mestilah Rasa Sedih Baca Kecaman Itu, Maaf Persembahan Live Saya Tak Sebaik Awak Harapkan’ – Ceddy Ang

    Jadi pengajaran

    Ketika ditemui , Ceddy, 37, menyifatkan media sosial sebagai satu platform yang menakutkan apabila segelintir individu lantang bersuara hingga mencetuskan pergaduhan.

    Menurut Ceddy, dia memilih untuk berkongsi perkara yang dirasakan perlu sahaja dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang boleh mengundang tekanan.

    Kalau kita tengok Threads, orang masuk bukan nak bincang tapi lebih nak bergaduh saja.

    Kalau boleh saya hanya muat naik apa yang perlu. Saya tak mahu terus sertai rage bait atau bergaduh-gaduh. Perkara itu boleh beri tekanan.

    Saya sedar, orang yang suka bergaduh ini mungkin ada trauma atau isu sendiri yang belum selesai. Perkara itu perlu mereka hadapi dengan pakar terapi.

    Kalau dia nak marah, saya kena telan. Kalau saya tidak boleh tahan, saya akan sekat atau mute daripada semua orang.

    Ceddy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media menerusi single terbaharu Syasya Rizal berjudul ‘Different’ yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    MENARIK:  Soalan Syed Saddiq Buat Bella Astillah Tersipu Malu – ‘Rindu Dekat Siapa? Saya Ada Dekat Sini’

    Dalam pada itu, Ceddy menitipkan pesanan agar orang ramai lebih bijak mengawal emosi sebelum bersuara di media sosial bagi mengelakkan salah faham yang akhirnya boleh mengundang kesulitan kepada pihak lain.

    Kalau ada kes seperti itu pada masa hadapan, jangan terlalu beremosi dan terus masuk campur untuk komen sebab kita tidak tahu kesannya bagaimana.

    Saya pun jenis cepat beremosi, kalau nampak sesuatu kes memang rasa nak masuk campur. Tapi kadang-kadang lebih baik kita pilih untuk bertenang dahulu.

    The post [VIDEO] Ceddy Ang Nasihat Netizen Kawal Emosi Di Media Sosial – ‘Jangan Terus Masuk Campur, Kita Tak Tahu Kesannya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah