Ismail Sabri Yaakob hari ini mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bekas perdana menteri itu didakwa tidak mendedahkan pelbagai asetnya yang bernilai jutaan ringgit, termasuk lima jongkong emas 1kg setiap satu, satu jongkong perak 100g dan satu syiling emas 999 5g kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.
Ahli Parlimen Bera itu mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Suzana Husin.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan penyataan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 7 Feb 2025.
Menurut kertas pertuduhan, Ismail Sabri, 66, telah diberikan notis SPRM pada 10 Jan tahun yang sama.
Pendakwaan hari ini menjadikan Ismail Sabri sebagai bekas perdana menteri ketiga yang didakwa di mahkamah di bawah Akta SPRM.
[Laporan lanjut menyusul]





