29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis sahkan kematian guru di Hulu Selangor tiada kaitan isu tekanan

    Shopee Sale

    Siasatan berhubung kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor setakat ini tidak menemukan sebarang bukti yang mengaitkan insiden itu dengan unsur tekanan.

    Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata siasatan terperinci yang dijalankan menerusi rakaman keterangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli keluarga, rakan sekerja dan pelajar mendapati mangsa berada dalam keadaan baik sebelum insiden berkenaan.

    “Bagaimanapun, kes ini masih disiasat di bawah laporan mati mengejut dan pihak polis sedang berusaha mengumpul keterangan lain sebelum merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berserta cadangan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

    MENARIK:  Fahmi: Polis pantau pergerakan ejen asing di M'sia

    Beliau berkata wanita itu bertahun-tahun berkhidmat sebagai guru namun baru berpindah dan bertugas di sekolah berkenaan tidak sampai setahun.

    Selain itu, polis belum menemukan sebarang petunjuk atau masalah peribadi yang mempunyai kaitan dengan kematian mangsa.

    Pada 30 Julai lepas, wanita itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sekolah berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Baharu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah