29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Runtuhan glasier punca gempa bumi, cetus banjir dahsyat di Nepal

    Shopee Sale

    Runtuhan glasier menyebabkan aktiviti seismik dan memberi kesan dahsyat di kawasan hilir di Nepal dan Tibet, kata Kajian Geologi AS (USGS) pada Khamis.

    AFP memetik agensi itu sebagai berkata, bahawa aktiviti seismik yang pada mulanya dilaporkan sebagai gempa bumi "sebenarnya ialah runtuhan glasier dan aliran sisa runtuhan" yang "kemudiannya menyebabkan kesan dahsyat di kawasan hilir".

    Sekurang-kurangnya 160 orang terkorban akibat arus deras air dan sisa runtuhan yang melanda kawasan hilir di kedua-dua belah sempadan Nepal-Tibet, dengan ratusan lagi dilaporkan hilang di kedua-dua wilayah.

    Punca bencana tidak dapat dipastikan dengan serta-merta pada jam-jam awal selepas kejadian berlubang pada awal Rabu. Namun, Menteri Luar Nepal Shishir Khanal berkata gempa bumi kemungkinan besar telah mencetuskan tanah runtuh, yang seterusnya menyekat aliran sungai dan menyebabkan air melimpah deras ke kawasan hilir.

    Teori lain yang dikemukakan termasuk banjir tasik glasier – iaitu apabila dinding sisa runtuhan yang menakung air leburan ais pecah – atau kejadian tanah runtuh ais.

    USGS menyatakan "kejadian seismik berukuran 5.2 magnitud berlaku berhampiran sempadan antara Nepal dan China pada 26 Ogos jam 8.37 pagi waktu tempatan".

    "Kejadian ini pada mulanya dilaporkan sebagai gempa bumi berukuran 4.4 magnitud.

    Analisis lanjut ke atas stesen seismik berhampiran, gelombang seismik tempoh panjang dan imej satelit membawa kepada kesimpulan bahawa kejadian seismik itu sebenarnya ialah runtuhan glasier serta aliran sisa runtuhan, dan tiada gempa bumi yang berlaku".

    MENARIK:  MP gesa tubuh RCI siasat perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs

    Perubahan iklim

    Semenatara itu, Reuters yang memetik saintis melaporkan perubahan iklim menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kestabilan batuan dan ais di kawasan pergunungan tinggi.

    Pihak berkuasa pada Khamis berkata sekurang-kurangnya 800 warga asing antara hampir 1,500 individu yang masih hilang, sehari selepas gelongsoran besar lumpur dan batu runtuh ke dalam sungai di Himalaya, menyebabkan banjir besar melanda bandar serta lembah di Nepal.

    "Perubahan iklim mewujudkan keadaan yang boleh menjejaskan kestabilan batuan dan ais di kawasan pergunungan tinggi," kata Ketua Saintis program Mountains to Sea di Earth Sciences New Zealand, Simon Cox.

    Keadaan itu, katanya, seterusnya menyebabkan runtuhan dan bencana susulan seperti yang berlaku minggu ini menjadi lebih kerap.

    Walaupun punca tepat bencana pada Rabu masih dianalisis, saintis berkata ia dipercayai bermula dengan runtuhan salji batu dan ais besar-besaran di cerun utara puncak Langtang Lirung di Nepal ke Sungai Lhende Khola di sebelah Tibet.

    Sekurang-kurangnya enam loji janakuasa hidroelektrik utama serta infrastruktur di hab perdagangan Pelabuhan Gyirong rosak dalam rangkaian bencana berperingkat merentasi sempadan yang dicetuskan oleh runtuhan awal itu.

    Kejadian berkenaan turut mengubah aliran sungai lebih 100 kilometer (km) ke hilir, berhampiran sempadan India.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah