32.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Naza The Times Ralat Tak Penuhi Hasrat Terakhir Pemain Gitar Nazreen – ‘Dia Minta Hantarkan Album & T-Shirt’

    Shopee Sale

    Hasrat bekas pemain gitar dan keyboard The Times, Nazreen untuk memiliki baju t-shirt dan album terbaharu kumpulan itu tidak kesampaian apabila dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada akhir Ogos lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Radhi OAG Enggan Bayar RM300,000, Anggap Rasuah Bekas Isteri – ‘Saya Juga Ingin Bersuara’

    Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Kau Cantik?’- Tak Nak Selfie Dengan Bekas Isteri Punca Radhi OAG Berang

    Terkilan

    Ketika ditemui , vokalis dan pemain gitar utama, kumpulan The Times, Naza mengakui berasa ralat apabila tidak dapat menunaikan hasrat terakhir arwah.

    Dalam masa yang sama, pemilik nama Natazar Mohamad, 51, berkata sebelum insiden itu, arwah sempat menghubunginya sekitar sebulan lalu untuk meluahkan rasa rindu.

    Paling mengejutkan dia dah lama tak hubungi saya, tapi sebulan lepas dia ada telefon. Dia tanya khabar mengenai kami dan kata rindu nak makan dengan The Times.

    Dia tanya ada album baharu tak dan minta saya hantarkan album bersama baju t-shirt The Times yang ada gambar dia. Saya cakap nanti saya hantar ke Kuching.

    Tapi bila adik saya balik sana, saya lupa nak kirim.

    Itu yang membuatkan saya agak terkilan. Rupa-rupanya itu panggilan terakhir daripada dia, seolah-olah satu petanda yang kami tak perasan.

    Naza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media 2 Konsert 2 Generasi 2026 OAG, The Times & Fugo dan Midnight Fusic di Odeon, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Bercerita lanjut, Naza berkata sehingga kini kes itu masih belum diselesaikan susulan tiada bukti pelanggaran yang dikemukakan.

    MENARIK:  Individu Dikejarkan Di Klinik, Dakwa Muntah & Cirit-Birit Disebabkan Pizza Wagyu Usahawan Popular?

    Justeru Naza merayu mana-mana individu yang mempunyai kamera papan pemuka untuk tampil ke balai polis yang terdekat supaya dapat membantu siasatan.

    Sampai sekarang tak tahu siapa yang langgar dia, kereta apa pun tak tahu. Saya harap sangat kalau ada sesiapa dekat Miri yang ada rakaman dashcam tolonglah berikan maklumat.

    Kesian sangat dekat arwah, kes langgar lari begini memang tak adil untuk dia dan keluarga. Anak dia pula masih kecil lagi.

    Mengimbas kembali, Naza berkata arwah berkata keluar daripada kumpulan itu pada tahun 2007 selepas tiga tahun penubuhan The Times.

    Naza turut menyifatkan arwah sebagai seorang yang peramah, rendah diri dan berbakat.

    Malah, arwah juga antara ahli kumpulan yang suka menyantuni para peminat mereka.

    Lagu-lagu hits The Times memang dia yang main gitar dekat dalam itu. Dia seorang yang sangat humble dan senang didekati peminat.

    Dia tak memilih dan budak-budak peminat memang suka dia. Sampai ada peminat yang muat naik gambar baju yang pernah arwah hadiahkan dulu. Dia memang orang yang sangat baik.

    Terdahulu, Nazreen, 51, menghembuskan nafas terakhir pada 24 Ogos lalu selepas empat hari koma di Hospital Miri, Sarawak.

    Kematian itu berpunca daripada insiden langgar lari ketika arwah menunggang motosikal.

    The post Naza The Times Ralat Tak Penuhi Hasrat Terakhir Pemain Gitar Nazreen – ‘Dia Minta Hantarkan Album & T-Shirt’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah