30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat Ditemui Dalam Ruang Simpanan Tayar Pesawat Di KLIA2

    Shopee Sale

    Satu mayat yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam ruang simpanan tayar sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pagi Khamis.

    Artikel Berkaitan: Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Di Sungai Perak Disahkan Warga Asing 

    Mayat di tayar pesawat

    Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 6.55 pagi oleh kakitangan kejuruteraan yang ditugaskan memeriksa ruang simpanan tayar pesawat berkenaan, yang baru tiba dari Tokyo, Jepun pada sekitar jam 6.30 pagi.

    Menurut maklumat awal, kakitangan terbabit mengesan bau busuk yang mencurigakan sebelum membuka ruang simpanan tayar tersebut.

    Pemeriksaan kemudian menemukan mayat seorang individu yang masih belum dikenal pasti jantina. Mangsa dipercayai memakai seluar jeans dan baju berwarna putih ketika ditemukan.

    MENARIK:  [VIDEO] Amira Othman Bakal Jadi Ibu – ‘Saya Sedang Hamil, Usia Kandungan 30 Minggu’

    Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA2 sebelum Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipanggil ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

    Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

    Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mayat berkenaan, sekali gus menyukarkan usaha pihak berkuasa mengenal pasti identiti mangsa.

    Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa selain menentukan punca serta bagaimana individu berkenaan boleh berada di dalam ruang simpanan tayar pesawat tersebut.

    Sumber: Berita Harian

    The post Mayat Ditemui Dalam Ruang Simpanan Tayar Pesawat Di KLIA2 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah