33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jang Dong Yoon Umum Bakal Kahwin Oktober Ini – ‘Kami Akan Membina Kehidupan Bahagia Bersama’

    Shopee Sale

    Pelakon Korea Selatan, Jang Dong-yoon bakal mengahwini kekasihnya, Kim Seung-yoon pada Oktober ini.

    Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo & Georgina Rodriguez Sah Berkahwin, Lima Anak Jadi Saksi

    Jang Dong-yoon umum kahwin

    Berita gembira itu dikongsikan Jang menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform media sosialnya, pada Selasa.

    Pada Oktober ini, saya akan berkahwin dengan seseorang yang sudah lama bersama saya.

    Menurut Jang, mereka akan mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

    Jang berkata, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas hubungan yang terjalin membuatkan mereka semakin rapat dan memahami satu sama lain.

    Semakin banyak masa kami luangkan bersama, kami semakin mengenali dan memahami satu sama lain serta semakin menghargai satu sama lain.

    Kami memutuskan untuk sentiasa berada di sisi masing-masing dan membina kehidupan yang bahagia bersama.

    Jang turut memohon para peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

    MENARIK:  Kontroversi Status Irma Hasmie Selepas Redza Syah Azmeer Kongsi Gambar Kahwin Terbaru

    Hubungan Jang dan Kim sebelum ini tidak diketahui umum kerana kedua-duanya memilih untuk merahsiakannya daripada perhatian media.

    Pasangan yang mempunyai perbezaan usia lima tahun itu pertama kali bertemu ketika Jang mengarahkan filem pendek Please Be My Ear pada 2023.

    Kim kemudian sekali lagi menjadi pelakon utama dalam filem cereka arahan sulung Jang, The Yeast.

    Sementara itu, Jang memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Game Development Girls pada 2016. Dia kemudiannya membintangi beberapa karya termasuk School 2017, The Tale of Nokdu, Queen Mantis dan filem Beautiful Days.

    Sumber: The Korea Times

    The post Jang Dong Yoon Umum Bakal Kahwin Oktober Ini – ‘Kami Akan Membina Kehidupan Bahagia Bersama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah