26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Najuwa Hargai Pelanggan Sanggup Belikan Ais Kerana Teringin Kopi Kafe Miliknya – ‘Instead Of Marah-marah, Dia Belikan Ais’

    Shopee Sale



    Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa terharu apabila seorang pelanggan sanggup membeli ais di kedai lain selepas kafe miliknya kehabisan ais gara-gara ‘teringin’.

    Sangat hargai

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid berkata pada waktu kejadian ramai pelanggan yang membeli dan disebabkan itu bekalan aisnya terputus.

    Saya sangat menghargai pelanggan yang memahami dan manis macam ini. (Pada waktu itu) kedai saya dah nak tutup dan ais habis sebab pelanggan tanpa henti datang. Staf tak dapat lari cari ais.

    Jadi, wanita ini tolong belikan ais demi kopi dan bukannya mengamuk atau marah-marah.

    Bagi menghargai perbuatan wanita itu, Intan juga mempelawa gadis tersebut untuk datang semula ke kedainya kerana mahu memberi air percuma.

    Pada wanita cantik yang baik hati ini, nanti datang kafe saya semula okay. Saya nak beri air percuma.

    ‘Awak rupanya…’

    Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang wanita sanggup membelikan ais di premis lain kerana mahu membeli kopi di kafe milik Intan.

    MENARIK:  Shamsul Ghau Ghau Perlu Jalani Pembedahan – ‘Kos Prosedur Memerlukan RM25,000’

    Video meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta selepas ramai yang terhibur dengan gelagat gadis itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah