Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan khabar duka mengenai kesihatan pelakon dan pelawak veteran popular, Shamsul Ghau Ghau.
Pembedahan telan kos RM25,000

Shamsul Azahar Aliddin, 68, dilaporkan sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas mengalami pendarahan beku di bahagian otak sebelah kiri.
Isteri beliau, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim, memaklumkan bahawa Shamsul perlu menjalani prosedur pembedahan dengan kadar segera.
Kos fasa pertama dianggarkan mencecah RM25,000, dan jumlah tersebut dijangka meningkat bergantung kepada keperluan rawatan susulan serta proses pemulihan.
Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan bagi meringankan beban kos perubatan ini, sumbangan ikhlas boleh disalurkan terus ke akaun isteri Shamsul seperti butiran berikut:
Maybank: 164593018683 (Syarifah Azrinah Syed Ibrahim)
The post Shamsul Ghau Ghau Perlu Jalani Pembedahan – ‘Kos Prosedur Memerlukan RM25,000’ first appeared on OHBULAN!.





