Primadona, Noor Kumalasari mendoakan yang terbaik kepada Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang yang berhasrat menerbangkan kakaknya, Anita Sarawak untuk membuat kemunculan istimewa pada Konsert GenKRU The Finale: One More Time.
Artikel Berkaitan: ‘Anita Sarawak Sudah Tinggalkan Dunia Seni, Dia Mahu Hidup Sebagai Orang Biasa’ – Noor Kumalasari
Harapan tipis

Noor, 69, berkata, peluang untuk membawa Anita pulang ke tanah air bagi menjayakan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini sangat tipis.
Saya doakan yang terbaik untuk penganjur konsert KRU. Sebab mengenali kakak saya, jika dia kata tidak mahu lagi kembali dalam industri, bermaksud memang dia tidak mahu.
Saya rasa harapan untuk bawa Kak Nita balik ke Malaysia untuk menjayakan konsert KRU adalah sangat tipis. Saya tidak menyalahkan Kak Nita.
Noor berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran tudung Nafesa dan koleksi The Alhambra Monogram di sekitar ibu kota, pada Sabtu.
Tambah pelantun lagu Selamat Pagi Sayang itu lagi, sekiranya penganjur berjaya membawa pulang Anita, kejayaan itu wajar dipuji.
Namun jika penganjur benar-benar berjaya bawa pulang Kak Nita untuk konsert KRU itu, penganjur itu memang sangat hebat. Tetapi jika Kak Nita kata ‘no’, bermaksud ‘no’.
Menyentuh mengenai kehidupan terkini Anita, Noor menjelaskan kakaknya berada dalam keadaan baik bersama keluarganya di Amerika Syarikat (AS).
Dia sekarang mahu menjalani hidup yang biasa, macam kita orang-orang biasa ini. Dia tidak mahu lagi terlibat dalam dunia glamor. Dia hanya mahu menjadi suri rumah tangga.
Dia sihat sahaja bersama keluarganya di sana. Saya pun sangat jarang berhubung dengan dia, sudah lama tidak berjumpa. Kami berbual pun setahun sekali sahaja, iaitu setiap hari raya.
Terdahulu, Iman Tang memaklumkan pihaknya masih dalam rundingan untuk membawa pulang Anita bagi kemunculan istimewa pada Konsert GenKRU The Finale: One More Time yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil pada 22 November ini.
The post ‘Harapan Untuk Bawa Pulang Kak Nita Jayakan Konsert KRU Sangat Tipis’ – Noor Kumalasari first appeared on OHBULAN!.





