
Perkongsian pasangan pelakon Riena Diana dan Keith Foo tentang perkahwinan idaman mereka telah menyorot perhatian.
Tema perkahwinan
Mesti cantik Riena nanti waktu dekat wedding ? #puterisarahliyana #andiarsyil #bellaastillah #syedsaddiq #anandanatasha #ezrakairo #fattahamin #uqashasenrose #kamaladli #intannajuwa #watieshuib #talita #thalita #kesetiaan #watiehanafiah #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin #fyp #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2025 #TikTokShop
? UBUR UBUR IKAN LELE SLOWED BY RZK – —???’??
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal berkata, sebelum ini dia mengimpikan sebuah perkahwinan bertemakan puteri raja.
Namun, menurut pelakon berusia 28 tahun itu, kini dia menukar fikiran dan menginginkan perkahwinan yang lebih sederhana.
Saya ada (tema untuk perkahwinan). Kalau dulu saya mahu tema princess tetapi sekarang ini saya nak minimalis.
Saya mahukan yang biasa sahaja, saya nak semuanya berwarna putih dan tidak mahu terlalu banyak warna.
Garden wedding

Paling menarik perhatian, apabila pelakon drama Kampung People itu memaklumkan bahawa dia dan Keith merancang untuk mengadakan tema garden wedding bagi perkahwinan mereka nanti.
Saya dan Keith sepakat nak adakan garden wedding.
Sebelum ini, Riena dan Keith membuat pengakuan bahawa mereka sedang bahagia bersama dan tidak menolak jika ditakdirkan mereka berjodohan.
Untuk rekod, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.





