25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Doa & Kasih Sayang ND Lala Terhadap Anak-Anak Tidak Pernah Putus – ‘Mereka Adalah DNA Saya’

    Shopee Sale

    Meskipun tidak lagi tinggal bersama, penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala menegaskan doa dan kasih sayangnya terhadap anak-anak tidak pernah berbelah bahagi, malah akan terus kekal hingga akhir hayat.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Belum Sedia Jumpa Ibu Tiri, Dedah Hubungan Dengan ND Lala Baik – ‘Saya & Ayah Akan Berbuka Bersama Hujung Minggu Ini’

    ‘Anak-Anak DNA saya’

    ND Lala, 65, berkata, apa jua keadaan yang berlaku dalam kehidupan peribadinya tidak akan menjejaskan hubungan dengan empat cahaya matanya biarpun sudah berpisah dengan bekas isteri, Fauziah Sarman.

    Anak-anak adalah DNA saya. Keadaan itu tidak berubah. Alhamdulillah, secara peribadinya, mereka semua adalah anak-anak saya dan kekal begitu selamanya.

    Anak-anak ini lahir daripada kasih sayang saya. Mereka sebahagian daripada diri saya. Mana-mana ibu bapa pun akan menyayangi anak tanpa syarat dan saya sentiasa mendoakan mereka tanpa batas hingga akhir hayat.

    ND Lala berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Tan Sri Dr. Ahmad Nawab yang berlangsung di Restoran Saloma, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu Buah Hati Dikebas Orang itu memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai hal peribadi, khususnya melibatkan hubungan dengan anak-anak bagi mengelakkan sebarang salah faham.

    MENARIK:  [VIDEO] Tular Video Terima Nafkah 3 Sen, Wanita Tampil Perjelas Situasi Sebenar – ‘Sepanjang 2024, Jumlah Nafkah Dia Bagi Tak Logik’

    Menurutnya, dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya seni berbanding membuka ruang kepada spekulasi yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.

    Saya sebenarnya tidak mahu membuat sebarang perkongsian atau beri kenyataan lagi tentang isu tersebut kerana lebih selesa berkongsi hal kerjaya.

    Saya memilih untuk tidak memberi respons terhadap hal peribadi supaya tidak menyinggung atau melukakan mana-mana pihak. Kalau orang mahu mentafsir, itu hak masing-masing.

    Segala jawapan tentang hal peribadi saya sebenarnya sudah pun dijelaskan dalam kenyataan yang pernah saya kongsikan sebelum ini pada tahun 2023.

    Untuk rekod, ND Lala pernah mendirikan rumah tangga dengan Fauziah Sarman pada tahun 1989 sebelum berpisah pada 2 Ogos 2023.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu penyanyi Shila Amzah, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Syada Amzah.

    Perceraian mereka didakwa berpunca dengan kehadiran orang ketiga sebelum ND Lala bernikah dengan wanita tersebut.

    Fauziah pula kemudian berkahwin sekali lagi dengan General Tuan Zainal Abidin pada 22 November tahun lalu.

    The post Doa & Kasih Sayang ND Lala Terhadap Anak-Anak Tidak Pernah Putus – ‘Mereka Adalah DNA Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah