25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Foto Budak Lelaki Tunggu Ibu Bapa Luar Pintu Mahkamah Dapat Perhatian Remy Ishak – ‘Semoga Anak Ini Berjaya Dunia Akhirat’

    Shopee Sale

    Pelakon Datuk Remy Ishak dilihat terkesan dengan sebuah hantaran berkenaan seorang kanak-kanak lelaki.

    Artikel Berkaitan: ‘3 Kali Dalam Seminggu, Tengok Keadaan’ – Remy Ishak Amalkan Mandi Air Garam, Buang Aura Negatif

    Artikel Berkaitan: Isteri Remy Ishak Jelaskan Hantaran Suami Bersama Wanita AI Hanya Gurauan – ‘Jangan Ambil Hati’

    Tunggu di luar mahkamah

    View on Threads

    Menerusi sebuah hantaran, seorang pengguna Threads berkongsi semula kisah kanak-kanak lelaki yang dilihat sedang menunggu ibu bapanya di luar pintu mahkamah.

    Kasihanilah anak ini dan hargailah perkahwinan. Anak ni tengah tunggu mak dan ayah dia habis bicara di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

    Siapa sahaja yang lebih memahami perasaan anak ni melainkan anak-anak lain yang senasib dengannya?

    Mak dan bapak dia pun pasti takkan faham. Semoga dipermudahkan jalan hidup adik.

    Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak, 43.

    MENARIK:  Ariff Peter Dah Jumpa Firdaus Wong, Mohon Maaf Isu Video Wanita Mualaf – ‘Saya Sangat Menyesali Tindakan Saya’

    Pelakon filem Pulang itu dilihat turut mendoakan kejayaan kanak-kanak lelaki tersebut.

    Semoga anak ini berjaya dunia dan akhirat.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak itu yang terpaksa melalui ujian konflik rumah tangga ibu bapanya.

    Sumber: Threads 

    The post Foto Budak Lelaki Tunggu Ibu Bapa Luar Pintu Mahkamah Dapat Perhatian Remy Ishak – ‘Semoga Anak Ini Berjaya Dunia Akhirat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah