27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Syukur Ada Yang Jadikan Penampilan Amira Sebagai Inspirasi’ – Fattah Amin

    Shopee Sale

    Pelakon, Fattah Amin menyifatkan komen netizen yang memuji pemakaian dan imej isterinya, Amira Othman, sebagai satu perkara positif yang memberi inspirasi kepada masyarakat.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Risau, Perkara Baik Kami Tidak Sorok’ – Fattah Amin

    Artikel Berkaitan: Amira Othman Raya Sebelah Fattah Amin, Teruja Nak Jumpa Keluarga Besar – ‘Segalanya Dibincang Dengan Baik, Tiada Perbalahan’

    Tunjuk contoh yang baik

    Ketika ditemui , pemilik nama Fattah Amin meluahkan rasa syukur sebagai seorang selebriti apabila penampilan isterinya menjadi contoh serta memberi pengaruh yang baik kepada peminat.

    Saya pun ada ternampak juga komen yang orang puji imej pemakaian Amira.

    Bagi saya, itulah yang sepatutnya apabila kita bergelar selebriti, menjadi contoh dan teladan yang baik kepada peminat serta masyarakat.

    Bila ada yang mengambil inspirasi daripada kita, sudah tentu kita berasa terharu dan bersyukur.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Erma Fatima Tiada Masalah Ambil Fathia Latiff Berlakon – ‘Masalah Peribadi Bukan Masalah Saya’

    Tetap berhati-hati

    Dalam masa sama, Amira turut menjelaskan bahawa dia hanya menjadi dirinya sendiri dan bersyukur apabila penampilannya dijadikan inspirasi oleh orang lain.

    Ujar Amira lagi, dia melihat perkara itu sebagai satu pujian yang positif namun tetap berwaspada.

    Saya hanya menjadi diri sendiri.

    Bila ada yang jadikan penampilan saya sebagai inspirasi.

    Saya sangat bersyukur dan anggap itu sebagai satu rahmat.

    Tapi saya tidak mahu terlalu berlebihan sebab mungkin hari ini orang suka, kemudian hari, bimbang pula ia tidak disenangi.

    Apa pun, saya mengharapkan semua doakan yang baik-baik, mudah-mudahan ia berkekalan lah kan.

    The post ‘Syukur Ada Yang Jadikan Penampilan Amira Sebagai Inspirasi’ – Fattah Amin first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah