25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tular Video Terima Nafkah 3 Sen, Wanita Tampil Perjelas Situasi Sebenar – ‘Sepanjang 2024, Jumlah Nafkah Dia Bagi Tak Logik’

    Shopee Sale



    Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang mendedahkan bekas suaminya memberi nafkah sebanyak tiga sen buat anak mereka.

    Terbaharu, wanita itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

    Penat dihina

    " data-video-id="7459230980470017298">
    @kool101my Mana lah nak cukup nafkah 3 sen untuk zaman sekarang ni.? Awalnya, Siti cuma berseloroh je, sekali betul-betul bekas suami dia bagi 3 sen untuk nafkah anaknya.? Setuju apa yang @Datuk Aznil Nawawi cakap, jangan jadikan hak nafkah anak sebagai senjata untuk balas dendam.?? Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ? original sound – Kool 101

    Menerusi temu bual bersama radio Kool101, wanita itu mendakwa wang tiga sen tersebut diberikan bekas suaminya selepas disindir kerana dirinya merasakan jumlah nafkah yang diberikan tidak logik.

    Sebenarnya waktu itu mungkin tahap kesabaran saya dah hilang. Saya dah penat menerima hinaan dan cacian.

    Dia (bekas suami) ‘complain’ saya hantar anak kepada pengasuh yang tak berdaftar.

    Untuk nafkah, jumlah yang dia berikan setiap bulan kepada saya sikit sebenarnya jadi saya cakaplah, ‘Awak ini complain macam bagi RM3,000 sebulan tapi bagi 3 sen ja’.

    Saya berseloroh ja masa itu sebab sepanjang 2024, jumlah nafkah yang dia beri itu bagi saya tak logiklah nilai dia.

    Pak Nil titip pesan

    Mendengar kepada luahan itu, penyampai radio Kool101 iaitu Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan pesan buat golongan ayah yang sudah bercerai dengan isteri.

    MENARIK:  Kakak Nidza Afham Guna ChatGPT, Pura-Pura Bersembang Dengan Arwah Adik – ‘Sumpah Sama, Saya Baca Sambil Terdengar Suara Dia”

    Ujar Pak Nil, para ayah di luar sana seharusnya telus dalam memberikan nafkah buat anak-anak yang merupakan darah daging mereka sendiri.

    Pak Nil nak pesan kepada ayah-ayah di luar sana yang awak nak bagi nafkah itu adalah kepada anak awak sendiri.

    Tak kiralah dia duduk dengan siapa, jangan jadikan hak nafkah anak itu sebagai senjata untuk awak balas dendam sebab yang menjadi mangsa nanti adalah anak.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah