27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zara Zya Sedang Kenali Seseorang? Pilih Kunci Mulut Soal Cinta – ‘Berkawan Itu Ada Tapi..’

    Shopee Sale

    Pelakon Zara Zya seakan memberi bayangan sedang mengenali hati budi seorang jejaka.

    Artikel Berkaitan: Zara Zya Nafi Hubungan Dengan Rakan Selebriti Retak – ‘Kelakar, Tak Bergambar Terus Cop Bermusuh’

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pertikaikan Perjalanan Hidup Seseorang, Rezeki Setiap Orang Tidak Pernah Sama’ – Zara Zya

    Zara Zya enggan ulas

    Ketika ditemui , Zya atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, enggan mengulas lanjut berhubung status hubungannya buat masa ini. 

    Pelakon drama Risik Pada Hati itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk berkongsi berita baik jika tiba waktunya.

    Saya tidaklah cakap tak ada, tetapi tidak juga ada (pasangan). Kalau ada yang baik-baik insyaAllah saya akan beritahu. 

    Sementara itu, Zara mengakui dia kini lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadinya kepada umum.

    Berkawan itu ada tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi lanjut.

    Saya lebih selesa untuk tidak berkongsi terlalu berlebihan kerana mungkin fakor umur sebelum ini dah banyak pengalaman lalu. 

    Umur seperti ini saya mahu lebih tenang. Ada perkara yang patut dikongsikan saya akan beritahu, kalau tidak biarlah saya simpan dulu sendiri.

    Zara berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama Luka Di Hujung Setia yang diadakan di Lobi Galeri Prima Balai Berita, Petaling Jaya pada Rabu. 

    MENARIK:  Ibu Tergamak Bunuh Anak 5 Tahun, Ketawa Saat Disoal Siasat

    Dalam pada itu, Zara mengakui pada usianya kini dia tidak lagi meletakkan sebarang sasaran khusus untuk mendirikan rumah tangga, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan takdir.

    Saya lalui saja, insyaAllah kalau ada rezeki Allah bagi ada nanti. Rezeki ini luas. Tak semestinya tak berkahwin tiada rezeki lain. Sihat tubuh badan, cukup makan dan ada rumah semuanya rezeki lebih daripada sepatutnya,. 

    Dalam perkembangan lain, Zara bersama beberapa pelakon lain termasuk Datuk Adi Putra, Irfan Zaini dan Cahaya Nilam membintangi drama Luka Di Hujung Setia yang bakal ditayangkan di TV3 pada 19 Mei ini. 

    The post Zara Zya Sedang Kenali Seseorang? Pilih Kunci Mulut Soal Cinta – ‘Berkawan Itu Ada Tapi..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah