25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MOF bentang mekanisme subsidi diesel seperti Budi95 minggu depan

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Kementerian Kewangan (MOF) untuk meneliti segera proses penyasaran subsidi diesel dengan menggunakan mekanisme seperti yang telah dilaksana bagi BUDI95.

    Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil berkata MOF turut diminta untuk membentangkan perincian mengenai proses berkenaan sama ada pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) Selasa depan atau mesyuarat Kabinet pada Rabu.

    Beliau berkata kerajaan juga sedang meneliti mekanisme terbaik untuk mengubah cara pengagihan subsidi BUDI Diesel Individu yang ketika ini dalam bentuk pindahan tunai kepada mekanisme sama yang digunakan bagi BUDI95.

    MENARIK:  ‘Aduh, gagal lagi Man United menang piala’

    “Dan kita jangka bila tiba masanya nanti, ini akan dapat membantu terutama bagi rakyat Malaysia, contohnya yang memandu kenderaan seperti trak pikap.

    "Jadi caranya lebih mudah, lebih efisien dan berkesan kalau kita lihat pada cara pelaksanaan BUDI95,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam taklimat krisis tenaga global dan sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah