Pelakon dan usahawan, Atikah Suhaimie meluahkan rasa terkejut apabila menerima pertanyaan daripada orang ramai ketika bersiaran langsung mempromosikan produk ubat giginya, khususnya mengenai keberkesanannya dalam menanggalkan karang gigi.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Kalau Meniaga Mesti Semua Makanan Tak Sihat?’ – Atikah Suhaimie
Artikel Berkaitan: ‘Tiba-Tiba Terkencing Dalam Seluar Bila Angkat Baby Mulan’ – Atikah Suhaimie
Perlu lakukan rawatan cuci gigi

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaimie, 35, menjelaskan bahawa tiada sebarang produk ubat gigi yang mampu menanggalkan karang gigi.
Sebaliknya, rawatan cuci karang gigi (scaling) oleh doktor gigi perlu dilakukan sekurang-kurangnya setiap enam bulan.
Terkejut masa buat live jual ubat gigi Zaitun, ada orang tanya sama ada ubat gigi boleh tanggalkan karang gigi atau tidak.
Sebenarnya, tak ada ubat gigi dalam dunia yang boleh buang karang gigi.
Untuk hilangkan karang, memang kena buat scaling dengan doktor gigi.
Sebaiknya setiap 6 bulan sekali.
Pelik kerana hanya bergantung dengan ubat gigi

Dalam masa sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut mempersoalkan sikap segelintir individu yang memilih untuk tidak menjalani rawatan tersebut dan hanya bergantung kepada ubat gigi.
Jadi, kalau tak buat scaling, nak biarkan je karang gigi melekat kat gigi?
Tak risau ke pasal bau mulut?
Atau nak terus harapkan ubat gigi je?
Sumber: Threads
The post ‘Tak Ada Ubat Gigi Yang Mampu Hilangkan Karang Gigi, Memang Kena Buat Rawatan Scaling’ – Atikah Suhaimie first appeared on OHBULAN!.





