25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gerakbudaya bidas kerajaan haramkan dua buku kisah PKM

    Shopee Sale

    Penerbit buku Gerakbudaya mengecam tindakan kerajaan yang mengharamkan dua penerbitannya yang mengisahkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

    Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan ia menerima notis daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia hari ini berhubung larangan sebuah memoir mengenai tokoh penting PKM, Shamsiah Fakeh.

    Menurut Gerakbudaya, buku bertajuk Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen ke-10 pertama kali diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2004 dan sejak itu telah diulang cetak sebanyak tiga kali.

    Sebuah lagi buku yang diharamkan berjudul Komrad Asi (Rejimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah, yang diterbitkan pada 2022.

    “Kami melihat tindakan ini sebagai satu langkah yang menyempitkan ruang wacana dan menghalang perkembangan budaya intelektual.

    “Buku-buku ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan refleksi sejarah yang memberi ruang kepada masyarakat untuk menilai semula sesuatu perkara secara kritis.

    “Sehubungan itu, kami menegaskan akan mencabar larangan ini melalui saluran undang-undang yang sewajarnya. Kami menolak sebarang bentuk penapisan yang bertujuan mengawal pemikiran dan membisukan wacana sejarah,” kata penerbit itu.

    MENARIK:  Hutang PTPTN: Dari 2011 kami dah cakap, kata PKR pada Akmal

    Setakat waktu penerbitan, kedua-dua buku yang disebut itu masih belum dimasukkan dalam senarai perintah larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

    Malaysiakini telah menghubungi KDN untuk mendapatkan ulasan lanjut.

    Sementara itu, Timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pada maklum balas segera menyifatkan larangan tersebut sebagai “mengelirukan” memandangkan buku-buku berkenaan telah berada dalam edaran selama beberapa tahun tanpa sebarang isu.

    Arutchelvan turut menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim melupakan akar progresif PKR, seperti ditunjukkan melalui peminggiran yang semakin ketara terhadap sumbangan golongan kiri dalam perjuangan kemerdekaan negara.

    “Perlu diingat bahawa ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan pada 1957, beliau mengiktiraf perananan gerakan kiri dalam mempercepatkan proses kemerdekaan.

    “Mengapa pula pada zaman ini, di bawah apa yang digambarkan sebagai pentadbiran progresif pimpinan Anwar, buku-buku seperti ini diharamkan,” soalnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah