25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15K, Dakwa Tertunggak 6 Tahun – ‘Saya Mesej Tak Balas Sampai Sekarang’

    Shopee Sale

    Abang kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall iaitu Abiejam mendakwa pelakon Azar Azmi gagal melangsaikan hutang sebanyak RM15,000 sejak enam tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Siti Jamumall Sedih, Netizen Minta Tinggal Berasingan Dengan Adik – ‘Saya Tak Berniat Nak Susahkan Sesiapa’

    Azar Azmi tak bayar hutang RM15,000?

    Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa wang tersebut diberikan bagi membantu Azar memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan dan sokongan untuk siaran langsung.

    Memang lama saya simpan benda ini, tapi sampai sekarang senyap bila tengok nama dia tengah ‘naik’ dan jadi perhatian, saya rasa ini masa untuk dia tampil jelaskan.

    Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari, dia datang tu kita memang niat nak bantu waktu tengah susah kami beri barang bukan sikit lebih RM15,000 untuk dia (Azar) mula berniaga dan bangkit semula.

    Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang.

    Dalam pada itu, Abiejam turut mendakwa dia mempunyai bukti berhubung isu tersebut malah bersedia berdepan tindakan undang-undang sekiranya kenyataannya ini tidak benar.

    Kalau saya menipu, saya sanggup disaman sebab saya ada bukti mengenai semua ini, rasanya semua tahu sebab ada sosial media kan jadi boleh tengok balik video lama.

    Tambahnya, sebelum ini pelbagai usaha telah dilakukannya untuk menghubungi Azar namun  tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga kini.

    Sekarang bila nama dia kembali disebut-sebut di media sosial, saya cuma nak ingatkan… kau pernah ada hutang dengan aku, hutang tetap hutang.

    Dalam masa sama, Abiejam terbuka untuk menyelesaikan isu secara baik jika Azar tampil berjumpa.

    MENARIK:  Hubungan Baik Demi Anak-Anak, Emma Maembong & Bekas Suami Beraya Bersama – ‘Setiap Tahun Tetap Kena Ada Gambar Keluarga’

    Selain itu, dia memaklumkan telah membuat tiga laporan polis terhadap bekas pekerja termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan pengurus berhubung dakwaan pecah amanah melibatkan syarikat Jamumall sehingga kerugian hampir RM2 juta serta kehilangan barang kemas.

    The post Abiejam Tuntut Azar Azmi Bayar Hutang RM15K, Dakwa Tertunggak 6 Tahun – ‘Saya Mesej Tak Balas Sampai Sekarang’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah