Pelakon, Daler Yusuf mengambil pendekatan berbeza dalam mendidik anak-anaknya dengan mengehadkan penggunaan gajet.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Terima Mesej Daripada Pengarah & Penerbit, Ada Yang Minta Gambar, Ajak Bercuti’ – Daler Yusuf
Artikel Berkaitan: ‘Aku Sedar Ada Babak Yang Tak Selari Dengan Syariat Islam’ – Daler Yusuf
Isi masa dengan aktiviti berfaedah

Menerusi perkongsian di Threads, Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, menetapkan penggunaan tablet hanya sekali seminggu, selain memperkenalkan aktiviti berfaedah kepada anak-anaknya.
Saya ambil keputusan untuk limit penggunaan gadget untuk anak-anak saya.
Saya bagi mereka menggunakan tablet hanya sekali seminggu, dan paksa mereka ikut aktiviti macam kelas renang, boxing, dan kelas mengaji.
Mula-mula memang mereka sedih dan rasa terpaksa.
Tapi lama-lama, Alhamdulillah mereka mula enjoy sebab ada kawan-kawan dekat sana.
Sekarang mereka sendiri yang excited nak pergi.
Hubungan lebih erat

Dalam masa sama, model berketurunan Uzbekistan itu berkata penggunaan skrin yang berlebihan sebelum ini sering menyebabkan anak-anaknya mudah berselisih faham antara satu sama lain.
Namun selepas pengurangan masa skrin dan penggunaan tablet, mereka dilihat lebih banyak mengeratkan hubungan sebagai adik-beradik.
Dulu, bila screen time terlalu banyak, mereka mudah bergaduh, cepat marah, dan kurang bertegur sapa.
Tapi sejak saya kurangkan penggunaan tablet dan screen time, Alhamdulillah mereka semakin banyak berborak, bermain bersama, dan hubungan sebagai adik-beradik pun makin erat.
Bagi saya, anak-anak memang perlukan disiplin dan rutin, bukan sekadar ikut mood.
Sebab, disiplin itulah yang akan membentuk mereka dan membantu mencapai kejayaan dalam hidup nanti.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Bagi Anak-Anak Guna Tablet Seminggu Sekali & Isi Masa Dengan Aktiviti Berfaedah’ – Daler Yusuf first appeared on OHBULAN!.





