28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Raih Skor 8.7 & ‘Review’ Positif Daripada Jason – ‘Terima Kasih Atas Ulasan Awak’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal meluahkan rasa terharu apabila jenama piza miliknya menerima ulasan positif daripada pempengaruh terkenal, Jason.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] CEO Kaki Review Akhirnya Mohon Maaf Kepada Jason – ‘Saya Janji Perkara Ini Takkan Berulang Lagi’

    Review positif

    Menerusi hantaran di platform Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan dan ulasan jujur yang diberikan.

    Jason! Terima kasih banyak atas ulasan awak tentang Pizza Mendonia dan kerana datang dengan kostum piza.

    Memang menceriakan hari kami. Kami hargai sokongan dan aura positif anda. Harap dapat jumpa anda lagi nanti.

    Terdahulu, Jason memuat naik video ‘mukbang’ di TikTok sambil memberikan ulasan mengenai Pizza Mendonia yang diusahakan Cik Epal.

    Dalam video berkenaan, Jason memuji tekstur piza, pes tomato serta penggunaan daging wagyu yang dikatakan menambah kelainan pada rasanya.

    Jason turut memberikan markah 8.7 iaitu antara skor tertinggi pernah diberikan menerusi siri ulasannya sebelum ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Cik B Kongsi Kisah Trauma Dider* Bibik Ketika Kecil – ‘Saya Pernah Dip*kul Dengan Buluh’

    Undi Cik Epal

    Dalam perkembangan lain, Cik Epal tercalon untuk OhBulan Paling Viral Online menerusi kategori Digital Content Creator Paling Viral.

    Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.

    Untuk memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.

    Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.

    Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.

    Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari http://www..com/palingviralonline.

    Sumber: Threads

    The post Cik Epal Terharu Pizza Mendonia Raih Skor 8.7 & ‘Review’ Positif Daripada Jason – ‘Terima Kasih Atas Ulasan Awak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah