
Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi tentang trauma yang dialaminya ketika kecil.
Perkongsian Cik B
Menerusi podcast Studio Sembang bersama hos Amelia Henderson, Cik B mengimbas kembali tragedi ketika didera oleh pembantu rumahnya.
Pembantu rumah kami sangat abusive. Saya ada empat orang adik beradik, dia tak suka anak sulung dan ketiga tetapi dia suka anak kedua dan yang bongsu.
Setiap hari kena dera dengan teruk sebab dia adalah seorang penagih dadah juga.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen, menyifatkan penderaan yang dilakukan oleh pembantu rumah tersebut lebih teruk berbanding kes-kes tular di media sosial.
Dia pukul dan marah saya, dia juga pernah kunci saya dalam rumah seorang diri.
Saya juga pernah dipukul pakai buluh dari belakang.
Kalau kita tengok dekat media sosial ada kanak-kanak yang didera, saya pula tiga ke lima kali ganda lagi teruk didera daripada itu.
Cik B tetap sayang
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, Cik B berkata ibunya tidak mengetahui tentang kejadian itu sehinggalah dia melihat sendiri menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Mama tak tahu sebab dia selalu ke luar negara.
Saya tak beritahu mama sampailah mama tahu sendiri selepas tengok CCTV.
Walau bagaimanapun, gadis berusia 20 tahun itu mengakui tetap menyayangi pembantu rumah berkenaan.
Saya sayang sangat bibik ni sebab dia ada dengan saya ketika saya kecil. Ia memberi kesan kepada saya sehingga sekarang, saya rasa benda yang abusive ini comfort diri saya.
Saya rasa kena buang perasaan itu sebab hanya dia sahaja ada dengan saya ketika kecil, mama ada tapi dia adalah ibu tunggal dan bekerja untuk keluarga.





