29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cik B Hanya Bertahan Dua Jam Pakai Baju Kurung, Dedah Raya Tidak Seindah Dulu – ‘Pagi Saya Tidur’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Cik B mendedahkan kebiasaannya hanya mengenakan baju kurung selama kira-kira dua jam ketika menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Usik Cik B Dengan Ammar Ahyan, Qadejah Bagi ‘Green Light’

    Artikel Berkaitan: Individu Persoal Tak Upah ‘Private Coach’ & Cef Peribadi, Cik B Jawab – ‘Ye Ke Tiada’

    Pakai baju kurung sekejap

    Ketika ditemui , Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkata baju kurung akan dibuka selepas sesi penggambaran bersama keluarga.

    Baju raya memang sepasang saja. Kemudian saya buka dan pakai hoodie semula.

    Pagi saya tidur lagi dan sesi bergambar pada pukul 4 petang.

    Saya sekadar menyarung baju kurung, ambil gambar dan kemudian menukarnya semula sebelum bermain permainan video.

    Malah kata Cik B, dia lebih menyukai bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan berbanding Syawal.

    Cik B yang juga anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata setiap kali Syawal, mereka sekeluarga hanya berada di rumah dan suasananya agak sunyi.

    Raya pertama rumah saya kosong dan sunyi. Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidur dan berehat.

    Biasanya raya kelima baru buat rumah terbuka.

    Saya beraya dengan Mama, adik dan bibik saja di rumah tetapi ada juga saudara mara yang datang.

    Mengulas lanjut, Cik B menyifatkan sambutan Syawal tidak lagi seindah dahulu berikutan kehilangan orang-orang yang tercinta.

    Dulu keluarga ramai sekarang makin ramai yang tak balik. Saya tidak tahu nak cakap macam mana. Masa kecil raya sangat seronok bagi saya.

    Mungkin juga masa kecil saya cuma fikir nak main saja tapi sekarang ini saya rasa raya biasa saja hanya sekadar raya, sudah tidak seindah dahulu.

    The post Cik B Hanya Bertahan Dua Jam Pakai Baju Kurung, Dedah Raya Tidak Seindah Dulu – ‘Pagi Saya Tidur’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Kristal Raikan 25 Tahun, Bakal Satukan Semua Ahli Dalam Konsert Paling Epik

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah