Dalam dunia muzik, tidak semua perjalanan mampu untuk bertahan lama. Namun ia nyata berbeza bagi kumpulan Kristal, apabila perjalanan yang bermula 25 tahun lalu membuktikan bahawa semangat, persahabatan dan kecintaan terhadap muzik mampu mencipta legasi yang berpanjangan.
Artikel Berkaitan: Lan Solo Masuk Hospital, Jalani Pembedahan Buasir
Artikel Berkaitan: ‘Keadaan Mekah & Madinah Seperti Biasa’ – Lan Solo Tunai Umrah Bersama Keluarga
Kristal kumpul semua ahli

Dua setengah dekad yang lalu, sekumpulan anak muda memulakan langkah mereka dengan sebuah impian yang sederhana. Ketika itu, tiada pentas besar, tiada sorotan lampu yang gemerlapan, dan tiada jaminan kejayaan, namun apa yang ada hanyalah muzik dan ikatan persahabatan yang menjadi asas kepada perjalanan mereka.
Bermula dari studio kecil dan persembahan gig bawah tanah, kumpulan ini perlahan-lahan membina nama dalam industri muzik tanah air. Dengan semangat yang tidak pernah luntur, mereka akhirnya muncul sebagai salah satu kumpulan rock yang meninggalkan kesan tersendiri dalam landskap muzik Malaysia.
Sepanjang 25 tahun perjalanan tersebut, Kristal melalui pelbagai detik yang membentuk identiti mereka hari ini. Lagu-lagu mereka menjadi siulan peminat, manakala album-album yang dihasilkan terus menemani zaman remaja ramai pendengar. Persembahan pentas mereka juga sering disambut dengan sorakan dan sokongan yang tidak pernah pudar, membuktikan muzik mereka terus hidup dalam hati peminat.
Kini, selepas 25 tahun, sebuah malam istimewa bakal menghidupkan kembali semua kenangan tersebut menerusi Kristal OG Concert – “25 Tahun Dalam Satu Malam.”
Nyanyi lagu dari album pertama

Menurut Lan Solo mewakili Kristal, konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan muzik biasa sebaliknya merupakan malam yang didedikasikan untuk mengimbau nostalgia bersama seleksi lagu yang pernah membesar bersama peminat.
Konsert kali ini adalah berlainan dengan konsert Kristal sebelum ini. Kami akan ‘all out’, dengan saya akan menyanyikan lagu-lagu yang pernah dirakam dari album pertama sehingga yang ke-13.
Lagu-lagu dalam album tersebut termasuklah yang dianggotai oleh ahli lain iaitu Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Rijal dan ramai lagi anak beranak Kristal dalam album itu.
Jadi semua ini kami akan bawakan di pentas konsert OG nantip ada 1 Mei depan di Zepp Kuala Lumpur.
Kata Lan, signifikan 25 tahun adalah perjalanan seni dirinya bersama Kristal dari zaman kanak-kanan sehinggalah kini.
Sepanjang kami terbitkan album sebanyak 13 album, ahli anggota kami ada yang bertukar-tukar tetapi konsep dan genre muzik tetap sama saja dan hanya dinyanyikan oleh Lan Solo.
Jatuh bangun perjalanan Kristal sepanjang 25 tahun ini kami telah lalui pelbagai cabaran, dugaan, sedih, gembira, rakan Kumpulan yang bertukar-tukar tetapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya dan kekal relevan.
Konsert Kristal OG 25 Tahun dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama penganjur acara Blavia dan Andromeda Event.
Tiket telah mula dijual dan tempat adalah terhad.
Peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini boleh mendapatkan tiket melalui pautan rasmi
The post Kristal Raikan 25 Tahun, Bakal Satukan Semua Ahli Dalam Konsert Paling Epik first appeared on OHBULAN!.





