Perkongsian bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Azi berkenaan tips rumah tangga telah menyorot perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Boss Ned Pertahankan Nora Danish – ‘Jangan Nak Cari Salah, Dia Sedang Berubah Jadi Lebih Baik
Artikel Berkaitan: Boss Ned Persoal Bisnes ‘Slow’, Nora Danish Tampil Jawab Ringkas – ‘Buang Dunia & Fokus Akhirat’
Nasihat Boss Ned
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu meminta nasihat kepada warganet yang bergelar suami tentang cara menjaga rumah tangga.
Suami to suami. Apa nasihat terbaik dalam menjaga pernikahan?
Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned kemudian membalas ciapan tersebut dengan ringkas dan penuh makna.
Menyayangi isteri.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai nasihat untuk menjaga perkahwinan.
Antaranya, tidak mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri, menjaga solat, sentiasa menjadi pendengar yang baik, sabar serta berkomunikasi.
Imbas kembali, Nora dan Boss Ned bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 16, sebelum bercerai pada 2008.
Sumber: Threads
The post Boss Ned Kongsi Nasihat Untuk Kaum Suami Jaga Pernikahan – ‘Menyayangi Isteri!’ first appeared on OHBULAN!.





