Usahawan fesyen terkenal, Jovian Mandagie berkongsi pengalaman ketika menyertai perlumbaan HYROX buat kali pertama yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Jovian Mandagie sertai Hyrox

Menerusi hantaran di Instagram, Jovian mengakui dia menyertai acara tersebut tanpa mengetahui sepenuhnya cabaran sebenar yang bakal dihadapi.
Menurutnya, dia berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam 2 minit 50 saat, meskipun berdepan kesukaran di pertengahan acara.
Kategori Single Pro, masuk tanpa betul-betul tahu apa yang bakal lalui. Memang pengalaman yang “gila”. Tamat dengan catatan 2:02:50.
Jovian turut menceritakan detik paling mencabar apabila kekejangan mula menyerang selepas stesen keenam, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 15 minit.
Selepas stesen 6, tiba-tiba alami kekejangan dan tahan hampir 15 minit. Masuk stesen 7, kaki terus rasa kaku dan masa tu fikir dah tak boleh teruskan lagi.
Bagaimanapun, dia kembali bersemangat apabila mengingati kehadiran rakan-rakan yang menunggu di garisan penamat.
Tapi tiba-tiba teringat kawan-kawan aku tengah tunggu di garisan penamat. Jadi saya paksa diri juga, jalan perlahan-lahan sampai habis.
Kelemahan dah nampak. Banyak benda dah belajar. Tapi jujurnya saya enjoy!
Sumber: Instagram Jovian Mandagie
The post Jovian Mandagie Kongsi Pengalaman Kali Pertama Sertai Hyrox – ‘Alami Kekejangan, Masa Tu Ingat Dah Tak Boleh Teruskan’ first appeared on OHBULAN!.





